Saturday, June 26, 2010

tersedar tiba-tiba.

kerana terbaca blog seorang hamba Allah yg menerangkan hukum haram bercouple. ya2 aku tau, dlm al-Quran dan hadis ada byk dalil2 yg menerangkan psl nh. yg plg feymes mestilah وَلَا تَقْرَبُ الزِّنَا (dan janganlah kamu menghampiri zina). aku pun kena mengaku aku bukan muslimah yg baik, sbb aku selalu jek pgg tangan lentok2 dgn kekasih.

kenapa couple dikatakan menghampiri zina? mcm aku belajar kat maahad dulu, zina nh ada byk jenis - zina mata bila kita mengusha/mata bertentang mata (acecece), zina lidah bila kita duk cakap benda2 mushy dgn kekasih kita, zina hati bila kita rindu2 dia, zina tangan time meraba2 segala tuh, dan lain2 lagilahh. kalau kita tgk zaman skang nh, org couple mmg tak sah kalau tak buat benda2 nh. paling koman pun mesti ada cakap i love you/i miss you malam2 sebelum tido. cuba bygkan kalau kita tak ckp cmth kt kekasih kita, konpem dia merajuk dua tiga minggu buat drama.

ya2, some people will go and say: "itu bergantung pada individu. ade je yg kapel tak jumpa, kalau jumpa pun tak pgg tgn." tp bak kata blogger tu, kita kena sesuaikan diri kita utk ikut perintah Allah, bkn ikut perintah Allah ikut kesesuaian diri kita. paham tak ape aku membebel nh~? hmm. aku dulu pun penah berfikiran mcm tu, masa aku kapel dgn faridiel dulu. you see, bila org2 sekeliling kita semua org2 yg kuat kesedaran, maka kita yg kurang kesedaran nh tiba2 akan jadi defensive. ya, akulah yg defensive tu. aku pikir, things can still work out btwn aku ngn faridiel - lagipun ktorg jauh, jumpa pun jarang2. tp time jumpa jarang2 tulah yg aku sempat pgg tgn die. sob sob.

sekarang aku dh nmpk hikmah aku clash ngn ex aku tuh. aku dh phm kenapa Allah bg aku dugaan clash time nak spm smpy 10 bulan aku dok makan hati psl dia. dlm 10 bulan tulah aku start semayang sunat selalu, baca Quran selalu. everytime aku sedih. and time tu jugak Allah bg aku sorg kwn baru - nabilah lutfi amir. dia yg slalu bg semangat kt aku, ajak aku semayang awal semua. terharu nh bell :')

skang dh duduk uitm, aku dh jarang sgt dah buat mende2 tuh. baca quran pun jarang, solat sunat apetah lagi. puasa sunat tak payah ckplah, mmg pemalas nak buat dr dulu. kdg2 semayang isyak pun pukul 2-3 pagi sbb lepas maghrib nak jumpa ungku. serius aku ckp, nh bukan salah dia, nh salah aku sendiri. sbb aku yg ajak die keluar.

entry nh bukan utk menyindir kau org yg ada kekasih, lg2 aku pun dh ade ungku. entry nh utk diri aku sendiri. aku rasa bersyukur gila sbb Allah syg aku, sbb tu Dia gerakkan tangan aku utk klik blog tuh. aku pun tak tau tu blog sapa.

penyelesaian? jujur aku cakap, walaupun aku ada kesedaran, aku takkan pernah sanggup mintak break dgn pakwe aku. ya, aku kalah dgn emosi sendiri. sob sob.

tp takkanlah aku nak buat bodo pulak lepas dpt kesedaran, kan.

jadi, aku nak doa byk2 kat Allah supaya aku lebih ingat Tuhan aku dr boifren aku, supaya aku syg Tuhan lebih-lebih-lebih dr boifren aku, supaya aku lagi byk puji Tuhan dr aku dok gayut dgn boifren aku, supaya aku pentingkan Tuhan lebih-lebih-lebih dr boifren aku.

aku jugak selalu baca nh tiap kali lepas semayang: "ya Allah, sekiranya die ditakdirkan utkku, maka peliharalah kami dr batas2 syariat". walaupun kdg2 aku terbabas jugak pgg2 tgn die pe sume, aku taknak ckp Allah tak makbulkan doa aku, tp sbb aku sendiri yg tak usaha betul2 lagi.

dan aku sekarang bersyukur sgt2 sbb Allah dh mula makbulkan doa aku. caranya, dia jauhkan aku dgn kekasih aku supaya kami takdelah busy asyik dating makan sama. Thank you Allah. :')

ckplah aku nh bajet alim ke, islamik gila ke, aku happy sbb aku still ade rase cmnh. :')

kalau dah susah sgt, ungku sila pinang saya cpt. :D


p/s:
nak tahu doa supaya anda disayangi ramai?




3 comments:

A said...

lelem
asal aku ttibe nak nangis baca
post kau ni eh?
sobb

:(

MochaLover said...

=)

Atiqah Shaharudin said...

tnoe, kau mst nak menangis kegembiraan tgk aku dh insaf kn! :D

tirah, :) jugak. heee