Saturday, December 24, 2011

i remember when we watched the seeds grow.

aku ada seorang kawan yang selalu gembira. kan aku pernah cerita? tapi akhir-akhir ini dia terluka. dilanda duka. rasa sengsara. semua. dalam sekelip mata aku boleh nampak apa yang dia rasa. dia marah, dia ketawa, aku masih boleh rasakan sakitnya. tapi orang lain buta. kenapa? 

seorang lihat dia dan cuma ketawa. seorang lagi lihat dia dengan senyum sinis mengatakan "aku tahu semua. semuanya aku pernah rasa." mungkin, mungkin orang sudah biasa lihat dia gembira dan menggila. "ini sebentar cuma," fikir mereka. semua orang tak mengerti dia seperti mana yang aku cuba. yang ada empati, bukan semua. mungkin juga.

semua orang mengaku putus cinta perkara biasa. semua orang katakan benda yang sama, ianya senang saja. tapi mereka tahu apa? mereka tak pernah mengira andai mereka di tempat dia. tukang ketawa, hingga ke hari ini ada rasa rengsa sebab cinta dia. si tahu semua, hanya reti berkata. andai terkena, harus diam seribu bahasa. maka, abaikan mereka. 

aku mengerti perasaan dia. memang aku pernah lalu perkara yang sama. tapi aku melaluinya seorang saja. yang mampu menemani kau tempuh segala, siapa saja? tapi aku taknak jadi mereka. sampai dia kembali gembira, biar aku berdiri di sisi dia. mungkin aku kekurangan kata, tapi asalkan aku ada. aku harap itu lebih bermakna.

aku ada seorang kawan yang selalu gembira. aku nak dia kembali dia. seperti biasa. selalu ketawa. walaupun mengambil sedikit masa. aku rela. :)


Monday, December 19, 2011

soalan untuk kamu

soalan satu, pentingkah aku?

permintaan dua, tolonglah tinggalkan dia.

kerana tiga, aku tak mampu melihat kamu bersama.

agakan keempat, mungkin juga kau rasakan aku keparat.

puncanya lima, aku pentingkan diri - bagi kau perangai paling hina.

tapi enam, aku tahu kau tak akan faham.

pertanyaan tujuh, mungkinkah kau tahu bila air mataku jatuh?

lapan, sakitnya hati kurasakan.

oleh sembilan, rindu perlu ditahan, tetap harus kusimpan. kamu bukan milik aku, kan?

fikirkan sepuluh, aku menunggumu dari jauh...


this is getting out of hand.

Sunday, December 4, 2011

c.i.n.t.a.

when you hear love songs and feel like crying.

when remembering brings tears to your eyes.

when you don't hesitate to say the word "cinta".

when he's the only one you think of when you wake up.

when you miss him even if he's near.




i never thought. :')