Tuesday, November 30, 2010

i remember

sebenarnya, hari ni saya mimpi kamu. bila mata celik je, saya baring diam2 atas katil, peluk patrick. saya pikir panjang2 apa yg dah jadi antara kita. time tu, mcm2 saya ingat.

saya still ingat macamana saya start observe awak. saya still ingat macamana kita boleh mula2 mesej. time tu, awak mesti dah dapat rasa saya suka awak kan?

awak tahu tak, betapa saya berusaha nak kenal awak. everytime mesej, saya akan perah otak supaya dapat cerita2 something dgn awak. bila saya suruh awak bukak cerita, awak akan sentiasa cakap "tak ada".

bila saya membebel panjang2 dlm mesej, betapa saya tahan sabar bila awak reply sepatah perkataan je, sama ada "em" atau "owh". bila saya bebel awak reply pendek2, awak sentiasa bagi smiley :P kat saya.

bila malam2, kita mesti gilir2 buat super saver. sekarang baru saya terfikir, kita tak pernah plan benda tu kan? dan awak call saya lagi banyak dari saya call awak. bila dah nak cakap bye, saya mesti akan cakap "thanks sbb call" sampai lama2 awak mengusik saya pasal benda tu.

saya still ingat awak pernah bagi mesej, pilih satu colour yg paling sesuai utk awak. dan saya jawab 'black', sbb awak mysterious,kan? bila saya tanya balik soalan tu kat awak, awak cakap saya sesuai colour oren, sbb cute. awak tau tak betapa bermaknanya benda tu utk saya masa tu?

bila awak masuk plkn, saya tak sempat cakap goodbye. hampir dua minggu tak mesej awak. awak mesti tau yg saya hari2 tunggu phone saya bunyi kan?

bila awak masuk matrik, awak ingat tak apa awak cakap kat saya? tulah first time awak open up and cerita pasal diri awak, family awak. dan itulah first time saya tak dapat cakap ape2 utk legakan hati awak. sampai skang saya still rasa sikit menyesal sbb tak dpt cakap apa2 time tu.

awak sentiasa akan cari alasan utk call saya. contohnya pasal nak tanya something related to english la, pasal reunion la. kenapa ek? sampai sekarang saya tertanya-tanya.

sampai sekarang, saya terpikir, awak sebenarnya ada rasa apa2 tak pasal saya? kalau takde, takkanla awak sanggup mesej saya hari2. kalau takde, awak takkan bazir kredit call saya sejam dua malam2 semata2 nak dengar saya membebel. awak takkan sanggup call saya pakai public phone masa awak kat plkn. walaupun awak suka reply pendek2 mcm taknak layan, tapi kalau awak takde ape2 rase kat saya, awak takkan reply langsung mesej saya kan? bila saya marah, awak takkan pujuk dgn smiley awak. awak takkan cakap awak rindu saya bila awak masuk plkn. awak takkan cerita apa2 pasal diri awak sbb saya tahu, betapa pendiamnya awak bila dgn org. awak takkan cerita masalah family awak kat saya, something yg awak tak pernah cerita kat org lain. awak takkan mengaku awak suka kat saya, kalau awak tak maksudkannya, kan?

tahu tak, saya mimpi kita jadi kawan balik? maybe we never will. however, i just wanna say: pls be happy with your life as i am with mine. i'm moving on. :')


..........................................................


Monday, November 29, 2010

how to go through a breakup - SPAN's way.



what are these?
these, ladies and gentlemen, are not MY way to get over someone.
to me, all these quotes are lies.

why don't we just accept the fact that he/she doesn't need us anymore?
why do we feel the need to have such negative thoughts about our exes?

let's be rational and a lil bit matured, 'kay.
if we broke up, it's just not meant to be.
i know how hard it is to forget someone, but think.
it's not only his/her fault, we do have our bad sides too.

so, apa point aku cakap mcm ni?
aku rasa bila kita break, benda first yg kena buat is MUHASABAH DIRI.
Allah buat kita mcm ni sbb takdir kita bukan dgn org tu.
we just need to repair ourselves, and wait -
someone better will eventually come along. :)


secondly, POSITIVE MINDSET, people.
anda tahu tak bila anda seorg yg positif,
benda yg buruk pun boleh nampak baik?




and thirdly, LET TIME HEALS YOU.



i've been there. i've felt hurt. until this day i can't stop stalking my ex.
but who cares?
at least aku tak sakit hati bila tengok dia dah ada awek baru.
cuz i already found many better people - you, you, and you. :)

the key is yourself.



p/s: let's pray hard for our upcoming result on the 10th. :$

Friday, November 26, 2010

7 things i pray NOT to get involved with.

1) MLM or anything berkaitan buat duit cara cepat.

2) hutang dgn ah long. who knows kan??

3) bercomolot di tengah2 KL or mana2 tempat public -____-"'

4) hubungan sejenis (Nauzubillah.)

5) bercinta dgn non-Muslim (Nauzubillah jugak.)

6) gig

7) kelab malam, no matter how much i like to go out at nights.



nak enjoy kena pikir hidup mati jugak kan? :D


Thursday, November 25, 2010

7 perkara yg aku tak gemar bila baca blog org.

1) perkataan 'dier', 'lar', 'yew', 'jew' dan sewaktu dengannya.

2) too much fullstops...... haha......

3) blog yg pasang lagu -_____-

4) tulisan tak nampak langsung sampai aku kena tekan Ctrl+A baru aku dpt membaca.

5) blog yg tulis english dari mula sampai habis, and too sophisticated words.

6) content tahapehape.

7) tulisan colour striking, background colour striking.


maafkan saya, ini cuma pendapat peribadi. no heart feelings okay. still gonna follow you. ;)

Tuesday, November 23, 2010

luahan hati

i'm a tad bit insecure right now, cuz, yalah, i'm not pretty. nor smart. nor nice. nor hardworking.

i've got nothing.

Saturday, November 20, 2010

sweet melang! :D

ya, ketidakhadiran saya dlm dunia internet adalah kerana saya balik ke kuala pilah, negeri sembilan. and i never regret it, one bit. J

Day 1

kami bertolak ke kampung pukul 1.10 pagi kerana kak niza dan kak noni mahu tidur2 dulu. T___T sepanjang jalan dgr lagu OAG dan Westlife. feeling oldies gila. haha. arrived at kampung pukul 3 pagi. sgt lega. pukul 4 pagi, tidur.

aku bangun pukul 11 lebih. kitorang bersiap2 dgn baju raya segala, then kami menahan kebulur sampai mak bung (mak long dlm bahasa nogori) datang dan belikan burger. after that, bertolak ke bahau. kepada yg tak tau, bahau nh boleh kata mcm centre (bukan center) of negeri sembilan. kat sini baru boleh jumpa tempat shopping, karaoke dan wayang. planning adalah nak tengok harry potter tp oleh kerana kak noni tak minat, kitorang decide nak karok dua jam kat situ. :D

bila pulang ke kampung, tengok family makcu dah ada. Pastu family maklang and makteh pulak datang. meriah la sikit kampung :)

Day 2

Bercadang nak ke Melaka tapi tak jadi.

Last last pergi mandi air terjun kat jeram. Omaigod. Super cool.


Day 3

Many had left the house from the second day, tinggal family makcik, makbung dan aku. They also left this morning, so tinggal aku dgn kak niza je. Tidur2 kemas2, pulang pada pukul 4.

.......................................................


Why do i like melang so much? Sebaaaaab. It has everything shah alam doesn’t. Tidur ramai2 kat ruang tamu, bunyi riuh makcik pakcik berborak dlm bahasa nogori, budak2 kecoh main buaian kat luar, makanan kampung - mihun goreng yg kau masak kat kampung, rasa dia sgt lain dgn bila kau masak kat bandar! cayela cakap aku.

Kalau dulu, kampung aku mmg complete ah, semua ada. Dusun buah, sungai, ayam itik lembu kambing, taik lembu kambing bersepah kat jalan... eventhough sekarang most of'em tak dpt jumpa dah, musim balik kampung adalah time favorite aku. haha :D

oh ya, aku takleh upload gambar sbb internet skang in a state of pre-hibernation. pffft. nanti2 la ye!

okay, ciao babe. maybe blog aku akan berhabuk sepanjang cuti nh. xoxo :-*


Monday, November 15, 2010

lovely holiday~

saya tak suka org berlagak.
dan saya pun tak suka berlagak.
sbb saya tahu bila berlagak mmg instant la Tuhan bagi balasan.

jgn cakap saya tak bagitau.
hmm. kenapa lelaki suka berlagak?
ada kena-ngena dgn self-esteem ke? wallahualam.

pls change, sayang. :)

*ok mmg takde kene-ngene ngn tajuk. shaddaplah. :D

Friday, November 12, 2010

birthDAY saya.

kalau tidak, hari nh akan menjadi hari yg sama utk saya.




except 150 wishes yg melekat di facebook Wall saya, dan juga di status2 dan link2 saya.

begitu juga message2 comel dari rakan2 yg rela taip panjang2 utk send via phone.

serta blog post comel dari kak syud :)

dan patung rabbit biru dari abang, dan teddy bear kecil dari mama.

mama juga ada bagi kain nak buat baju kurung. aww thanks mama :')

tidak lupa juga rm30 yg dihadiahkan oleh UPAX,

dan kasut pink comel dari ungku.

termasuk juga papa yg sanggup bawa pergi tesco dan pasar malam utk membeli segala jenis makanan yg sedap2 i.e. aiskrim, baked beans, sardin, tungking ayam (hehe), rojak, kueytiau goreng dll. terima kasih papa! :)


selain itu, saya ingin mintak maaf pada ayai sbb kesian dia tak boleh dtg rumah. nanti saya belanja ya. :'(


*dah macam speech dpt award pulak. well, it's not my fault, kau org yg bg wishes comel2 sampai aku terasa famous sbb kelam-kabut nak reply satu2.


thanks sweethearts, you've made my day. xoxo :)

Thursday, November 11, 2010

ABC thong... i mean thingy.

Sebenarnya ikah ada tag dekat facebook, tapi malas nak buat. ni baru sempat buat, sorry ikah! and thanks for tagging!


A - AVAILABLE: Kalau aku kata ya, adakah encik ungku akan men-chokeslam aku? :D

B - BIRTHDAY: 12th November *wink wink. mmg ada makna aku buat benda nh. heheh*

C- CRUSHING ON: Ramai. percayalah.

D - DRINK YOU LAST HAD: Air kosong.

E - EASIEST PERSON TO TALK TO: Ungku

F - FAVORITE SONG AT THE MOMENT: Baby please don't go~ if I wake up tomorrow will you still be here?

H - HOMETOWN: Err. Shah Alam kot?

I - IN LOVE WITH: Ungku. yeayyy :D

J - JUGGLE: what the f?!

K - KILLED SOMEONE: Nope, more to something.

L - LONGEST CAR RIDE: Err. 10 jam kot. tp kalau aku yg bawak adalah dlm 1 jam setengah paling lama.

M- MILKSHAKE FLAVOR: Anything chocolatey!

N - NUMBER OF SIBLINGS: 4

O - ONE WISH: Sufficient money.

P - PERSON YOU CALLED LAST: Ungku.

R- REASON TO SMILE: gembira.

S - SONG YOU LAST HEARD: One Republic's Secrets.

T - TIME YOU WOKE UP: Sangat lambat, so, rahsia.

U - UNDERWEAR COLOR: Kalau kata tengah tak pakai boleh? muahahaha

V - VEGETABLE: Only what mama cooks. Ya, aku mmg cerewet.

W - WORST HABIT: Lazing around?

X - X-RAYS YOU'VE HAD MOST RECENTLY: Kalau bukan krn pendaftaran uitm mmg aku takkan buat x-ray.

Y - YOYOS ARE: Cool tapi sakit hati main.

Z - ZODIAC SIGN: Scorpio. yeah, the one yg kuat nafsu. XD


RANDOM QUESTIONS ABOUT YOU

Your favorite number(s): 1, 2, 9

What color do you wear most: Hitam, merah

Least favorite color: Errrr. aku rasa aku suka semua colour :)

What are you listening to: Let's Just Fall in Love Again~

Are you happy with your life right now: Always :)

What is your favorite class in school: Err. The part where I skipped 'em? :D

Who is/are your best friend/s: Adalah dlm 10 orang. ok tak menjawab soalan.

Are you outgoing?: Outgoing tu apa? Sorry malas nak google.

Favorite pair of shoes: Errr. that new pink ones he bought for me :)

Can you dance?: Boleh tapi prepare la nak muntah.

Can you tie a cherry stem with your mouth?: Err. this sounds kinky.

Can you whistle: Boleh tapi ungku salu marah sbb panggil setan katanya.

Cross your eyes: Yep!

Walk with your toes curled: Ouch. kedengaran sgt sakit. ok tak menjawab soalan lagi.


DO YOU BELIEVE IN...

Life in other planets: Wait, I haven't done my research yet. So, not sure.

miracles: Yes :)

magic: No.

Love at first sight: No. Never experienced.

Do you believe in Santa: Tidak.

Do you know how to swim: Kenapa tak tanya soalan lain?

Do you like roller coasters: Suka tapi takutttt!

Do you think you could handle the stuff they eat on those reality shows: Tidak. *teringat 2 Girls 1 Cup -___-"'*

Have you ever been on a plane: Tak.

Have you ever asked someone out: Selalu. Tapi kalau on the romantic side, pernahla sekali dua. :D

Have you ever been to the ocean: Of course.

Have you ever painted your nails? Nope. agak meragukan.


THE WHAT'S

What is the temperature outside?: Biasa.

What radio station do you listen to: Tekan je randomly and mana yg keluar lagu sedap, aku stay jela kat station tu.

What was the last restaurant you ate at: Uptown kot?

What was the last thing you bought: Kotak nak isi buku bawak balik.

What was the last thing on TV you watched: Cerita apa entah tadi kat TV2, ada Ashton Kutcher.


THE WHO'S

Who was the last person you IM'd: Err. tak ingat sbb jarang bukak.

Who was the last person you took a picture of: Myself. LOL.

Who was the last person you said I love you to: Ungku, baru tadi.


CRYING SECTION

Ever really cried your heart out: Pernah and benda tu sgt melegakan hati!

Ever cried yourself to sleep: Yes tp dah lama tak buat.

Ever cried on your friend's shoulder: Kat ungku.

Ever cried over the opposite sex: Baru cakap tadi.

Do you cry when you get an injury: Sometimes, tapi more to sedih bukan sbb sakit.

Do certain songs make you cry: Nope. tak terlalu feeling kalau dgr lagu.


HAPPY SECTION

Are you a happy person?: Yes, when I'm not in UiTM Shah Alam.


LOOK AT ME

What is your current hair color: Dark brown and always will be.


CURRENTLY WEARING

What shirt are you wearing: Baju tidur bear aku.

Pants: Nope.

Shoes: Nope.

Necklaces: Kau gila? aku nak tidur kot!


IN A GUY/GIRL

Favorite eye color: Coklat terang

Short or long hair: Long. Sexayyy!

Height: Tall


HAVE YOU EVER

Been to jail: Tak

Mooned someone: No :)

Thought about suicide: No, tak sanggup.

Laughed so hard you cried: Selalu.

Cried in school: Yep, dalam toilet.

Thrown up in a store: Nope.

Wanted to be a model: Never.

Seen a dead body: Yes.

Been on drugs: Err. Nak jawab ape ek?

Gone skinny dipping: Nope.


THIS OR THAT

Pepsi or Coke: Pepsi

McDonald's or Burger King: McD!

Single or Group Dates: Single, come on lahh.

Chocolate or Vanilla: Kena selang-seli.

Strawberries or Blueberries: Blueberries :)

Meat or Veggies: Meat!

TV or Movie: Movies!

Guitar or Drums: Absolutely Drums

Adidas or Nike: Nike nampak lagi cool.

Chinese or Mexican: Mexican kot?

__________________________________________________

people, people, please do it if you have the time! ;)


Wednesday, November 10, 2010

kemanisan rumah | 2

bangun lambat again, today.

panaskan sup daging and masak nasi, tp tak makan pun.

lepas mandi and semayang, papa dgn mama balik. papa bwk balik roti canai. okay, dah makan. papa cakap nak masak pengat pisang. semangat2 tolong. then tiba2 jumpa kek lapis sarawak. makan dua slice, okay, sgt manis. air sarsi pun manis.

hari nh byk taram benda manis lah. huhu.






goodnight wishes

dia: goodnight, si comel.

aku: goodnight, candy.

dia: goodnight, jellybean.

aku: goodnight, cupcake.

dia: goodnight, yayang.

aku: goodnight marshmallow.

dia: goodnight claypot. (APAKAH! -____-"')

*dia cakap sbb claypot sedap. takde kena-mengena!

Tuesday, November 9, 2010

kemanisan rumah

seronoknya duduk rumah! sbb it never fails to surprise me! :)

firstly, the big TV. papa dah pindahkan pegi ruang depan. tapi kitorang jarang sgt tengok tv sbb arial tak betulkan lagi and plus, aku mmg tak gemor tengok tv. haha. ironic, beli tv besar tapi tak tengok.

second, papa dah beli broadband. weee~ terus-terang saya cakap, ia lembab! okay2, kena cakap pelan2 sbb takut broadband merajuk. hehe.

and and and the kitchen! dulu masa aku duduk rumah lama, tiap kali bukak peti ais, mesti aku takkan nampak benda lain selain barangan mentah dan lauk-pauk semalam. bapak boring, hobi aku dahla bukak peti ais. sekarang bila duduk rumah baru, bukak je peti ais, poof! vanilla fudge cake. poof! air sarsi. poof! kuih-muih. huii seronok gila. kerja aku skang bukak tutup peti ais je. haha.

lagi satu, stor kecik bawah tangga tu. asalnya mmg la dia jadi tempat simpan barang. tapi skang aku tengok penuh dgn makanan je. sampai telur sepapan pun nak sorok dalam tu. haha. aku rasa kalau seminggu aku terkurung dlm stor tu mmg kompem la boleh hidup.

pastu tadi jumpa sunsweet (eh, ala, prune tu...) kat meja mama.

wow! seronok gila duduk rumah besar nh. boleh sorok2 makanan mcm tupai. :D

Monday, November 8, 2010

family encik shaharudin

dulu masa aku dgn abg aku je yg ada dlm family (mirul lahir 4 tahun kemudian), mama penah tangkap gamba baby2 kitorang. masa tu kitorang tgh tido. too bad aku tgh tkencing dl lampin time tu. T___T papa penah belikan sebakul besar mainan utk kitorang, and basikal comel utk abg aku (aku tak dpt sbb aku gemuk). tiap kali papa kerja syif petang and balik pukul 11 malam, papa akan belikan gula-gula coca cola/pepsi yg bentuk love tu utk aku and abg aku. aku selalu tertelan gula2 tu. kitorang gak suka tunggu papa balik kerja sbb nanti papa akan bwk pegi kfc. ALMOST EVERYDAY. dan aku suka gila amik biskut ginger yg selalu jd display kt kfc tu, pastu tak habis makan.

dulu masa aku nak tidur papa selalu dodoikan dgn lagu gong xi fa chai (apakah T___T). dan aku ingat betapa excitednya aku tgk abg aku pegi tadika, hari2 aku nak ikut tapi papa tak bagi.

masa umur 5 tahun (akhirnya aku dpt gak masuk tadika), mirul lahir. time tu aku excited gila ikut papa pegi hospital sbb dpt main gelongsor kat situ. lepastu aku la yg paling excited jaga mirul and mandikan dia kat sinki.

masa mirul setahun, faris pulak lahir. dia nh mmg anak manja, sampai 4 tahun pun mintak2 tetek lagi.

masa mirul nh membesar (literally and unliterally), dia suka ikut apa aku buat. lagi2 kalau aku masuk dapur nak makan nasik. dulu papa ngan mama suka buat bubur santan - ada carrot dgn daun sup dgn udang. mmg almost everyday la duk tala menda tuh.

bila mirul dah mula memberat, dia naik basikal comel abg aku and basikal tu terbelah dua. dia main mainan kitorang and byk yg hilang. aku dgn abg aku marah sampai kitorang cakap kat dia "dulu masa ada kitorang dua org je, happy gila tau! ada kau terus jadi tak best." pastu mirul nangis.

bila kitorang membesar (faris pun dah masuk 4 tahun), kitorang masuk fasa 'beramuk'. mmg hari2 ada jela yg bergaduh. bila aku gaduh dgn abg aku, aku carik backup - mirul ngn faris. pusing2 mcm tu jelah. abg aku penah tumbuk mata aku kot! faris penah gigit aku kat tangan so aku balas la balik gigit kepala dia. malam2 pulak gaduh sbb berebut bantal (semua suka menyemak tidur bilik sama).

bila kitorang gaduh mesti ada yg end up kena kunci kat luar rumah. selalunya mirul la yg kena sbb aku and abg aku akan tuduh dia. haha. penah mirul nak masuk rumah, kitorang kunci sliding door tu. pastu dia tendang sampai pecah. mengamuk la papa 3 hari 2 malam. pastu kitorang salahkan mirul lagi. haha.

bila abg masuk sekolah asrama, rumah terus jadi senyap. tak beramuk2 dah. and kitorang selalu cakap "aman gila bila abg takde" tapi sebenarnya semua mcm rindu. bila aku masuk maahad lagilah. nangis2 aku call mama. kekadang suruh mama papa datang konon2 syampu habis la apa la padahal sebenarnya rindu asam pedas mama.

beramuk pun dah jarang2 dah unless kalau aku dgn abg carik pasal dgn budak dua ekor tu.

masa tahun lepas pulak, aku dgn abang kena pegi sekolah mirul faris sbb ganti mama papa amik report card diorang. boleh pulak cikgu tu tak caya kitorang adik-beradik. lepas amik report card tu kitorang pegi jusco. ada akak jusco tu pulak selamba je cakap aku awek faris. watafak? -___-

sekarang semua dah besar. betapa aku rasa aman kalau aku balik rumah and duduk dgn family aku. time puasa penah semayang jemaah sesama. rasa nak nangis sbb happy sgt. dah tak beramuk dah skang, instead kitorang akan duduk dlm bilik abang and tgk movie sesama sambil makan taken away McD. sometimes papa akan jenguk bilik tu and then membebel2 sikit sbb kitorang tido lambat, but yep, we're doing extremely fine.

bila teringat masa kecik dulu, rasa kelakar dan rasa sedih at the same time. so many people came and gone.

sekarang kitorang semua mcm dah ada kekasih and papa mama mcm dah accepting sesangat. and some circumstances involving this were VERY funny. aku rasa cara aku kantoi dgn mama papa pun sgt kelakar.

i miss them actually. eventhough aku akan balik esok. and though dua bulan nh akan jadi sesi beramuk aku dan adik-beradik aku, dan sesi bebelan mama papa, we're still gonna be fine. :)

abaikan pose aku. perut ngah kembung time nh.


lovely mom and dad :')