Monday, November 8, 2010

family encik shaharudin

dulu masa aku dgn abg aku je yg ada dlm family (mirul lahir 4 tahun kemudian), mama penah tangkap gamba baby2 kitorang. masa tu kitorang tgh tido. too bad aku tgh tkencing dl lampin time tu. T___T papa penah belikan sebakul besar mainan utk kitorang, and basikal comel utk abg aku (aku tak dpt sbb aku gemuk). tiap kali papa kerja syif petang and balik pukul 11 malam, papa akan belikan gula-gula coca cola/pepsi yg bentuk love tu utk aku and abg aku. aku selalu tertelan gula2 tu. kitorang gak suka tunggu papa balik kerja sbb nanti papa akan bwk pegi kfc. ALMOST EVERYDAY. dan aku suka gila amik biskut ginger yg selalu jd display kt kfc tu, pastu tak habis makan.

dulu masa aku nak tidur papa selalu dodoikan dgn lagu gong xi fa chai (apakah T___T). dan aku ingat betapa excitednya aku tgk abg aku pegi tadika, hari2 aku nak ikut tapi papa tak bagi.

masa umur 5 tahun (akhirnya aku dpt gak masuk tadika), mirul lahir. time tu aku excited gila ikut papa pegi hospital sbb dpt main gelongsor kat situ. lepastu aku la yg paling excited jaga mirul and mandikan dia kat sinki.

masa mirul setahun, faris pulak lahir. dia nh mmg anak manja, sampai 4 tahun pun mintak2 tetek lagi.

masa mirul nh membesar (literally and unliterally), dia suka ikut apa aku buat. lagi2 kalau aku masuk dapur nak makan nasik. dulu papa ngan mama suka buat bubur santan - ada carrot dgn daun sup dgn udang. mmg almost everyday la duk tala menda tuh.

bila mirul dah mula memberat, dia naik basikal comel abg aku and basikal tu terbelah dua. dia main mainan kitorang and byk yg hilang. aku dgn abg aku marah sampai kitorang cakap kat dia "dulu masa ada kitorang dua org je, happy gila tau! ada kau terus jadi tak best." pastu mirul nangis.

bila kitorang membesar (faris pun dah masuk 4 tahun), kitorang masuk fasa 'beramuk'. mmg hari2 ada jela yg bergaduh. bila aku gaduh dgn abg aku, aku carik backup - mirul ngn faris. pusing2 mcm tu jelah. abg aku penah tumbuk mata aku kot! faris penah gigit aku kat tangan so aku balas la balik gigit kepala dia. malam2 pulak gaduh sbb berebut bantal (semua suka menyemak tidur bilik sama).

bila kitorang gaduh mesti ada yg end up kena kunci kat luar rumah. selalunya mirul la yg kena sbb aku and abg aku akan tuduh dia. haha. penah mirul nak masuk rumah, kitorang kunci sliding door tu. pastu dia tendang sampai pecah. mengamuk la papa 3 hari 2 malam. pastu kitorang salahkan mirul lagi. haha.

bila abg masuk sekolah asrama, rumah terus jadi senyap. tak beramuk2 dah. and kitorang selalu cakap "aman gila bila abg takde" tapi sebenarnya semua mcm rindu. bila aku masuk maahad lagilah. nangis2 aku call mama. kekadang suruh mama papa datang konon2 syampu habis la apa la padahal sebenarnya rindu asam pedas mama.

beramuk pun dah jarang2 dah unless kalau aku dgn abg carik pasal dgn budak dua ekor tu.

masa tahun lepas pulak, aku dgn abang kena pegi sekolah mirul faris sbb ganti mama papa amik report card diorang. boleh pulak cikgu tu tak caya kitorang adik-beradik. lepas amik report card tu kitorang pegi jusco. ada akak jusco tu pulak selamba je cakap aku awek faris. watafak? -___-

sekarang semua dah besar. betapa aku rasa aman kalau aku balik rumah and duduk dgn family aku. time puasa penah semayang jemaah sesama. rasa nak nangis sbb happy sgt. dah tak beramuk dah skang, instead kitorang akan duduk dlm bilik abang and tgk movie sesama sambil makan taken away McD. sometimes papa akan jenguk bilik tu and then membebel2 sikit sbb kitorang tido lambat, but yep, we're doing extremely fine.

bila teringat masa kecik dulu, rasa kelakar dan rasa sedih at the same time. so many people came and gone.

sekarang kitorang semua mcm dah ada kekasih and papa mama mcm dah accepting sesangat. and some circumstances involving this were VERY funny. aku rasa cara aku kantoi dgn mama papa pun sgt kelakar.

i miss them actually. eventhough aku akan balik esok. and though dua bulan nh akan jadi sesi beramuk aku dan adik-beradik aku, dan sesi bebelan mama papa, we're still gonna be fine. :)

abaikan pose aku. perut ngah kembung time nh.


lovely mom and dad :')



2 comments:

dya jasni~ said...

Sangat comel post anda kali neh. HAHA. Baru ku tahu kau lah bunga di taman kasturi (maksudnya, kau sorang gegurl dlm siblings) CHEWAH! HAHAHAHAHAHAHA

spAn_kUrAk said...

LOL!
motif taman KASTURI???
haha
thanks sayang :))