Sunday, November 25, 2012



Empat puluh lima.
Engkau masih di sana,
aku masih menunggu yang takkan tiba.
Kembali ke titik tiga.


Aku selalu berdoa
kau akan bosan dengan kerja,
dan kembali pada kita.
Cuma bila sampai masanya,
aku mungkin sudah berpunya.



Sunday, November 4, 2012

Logik Hati.


Aku pemuja si Raja Bintang.
Sebab dia, malamku terang.
Mimpikan dia, aku boleh terbang.
Fikirkan dia, hatiku tenang.
Demi dia, mata tersengkang.
Umpama minyak ditatang, Sultan dijulang.


Sesaat kemudian, dialah Dewa Malang.
Guruh ribut taufan mendatang.
Mata keliru dek gerakan bayang.
Air mata bergenang berlinang.
Badan jatuh melintang,
bala menunggu di simpang.


Minda haruslah pada sang bintang.
Terang, tenang, indah terbentang.
Namun hati dahagakan yang malang.
Garang, Badang, panglima perang.
Tapi mata, kenapa kau rambang?
Kedua-duanya adalah seorang.
Yang aku bengang, yang aku sayang.


Tahniah, sayang.
Kau buat aku gila bayang
mabuk kepayang
sekejap ketawa sekejap berang
Hanya kerana kau seorang.
Cinta, kaulah pemenang.