Tuesday, November 30, 2010

i remember

sebenarnya, hari ni saya mimpi kamu. bila mata celik je, saya baring diam2 atas katil, peluk patrick. saya pikir panjang2 apa yg dah jadi antara kita. time tu, mcm2 saya ingat.

saya still ingat macamana saya start observe awak. saya still ingat macamana kita boleh mula2 mesej. time tu, awak mesti dah dapat rasa saya suka awak kan?

awak tahu tak, betapa saya berusaha nak kenal awak. everytime mesej, saya akan perah otak supaya dapat cerita2 something dgn awak. bila saya suruh awak bukak cerita, awak akan sentiasa cakap "tak ada".

bila saya membebel panjang2 dlm mesej, betapa saya tahan sabar bila awak reply sepatah perkataan je, sama ada "em" atau "owh". bila saya bebel awak reply pendek2, awak sentiasa bagi smiley :P kat saya.

bila malam2, kita mesti gilir2 buat super saver. sekarang baru saya terfikir, kita tak pernah plan benda tu kan? dan awak call saya lagi banyak dari saya call awak. bila dah nak cakap bye, saya mesti akan cakap "thanks sbb call" sampai lama2 awak mengusik saya pasal benda tu.

saya still ingat awak pernah bagi mesej, pilih satu colour yg paling sesuai utk awak. dan saya jawab 'black', sbb awak mysterious,kan? bila saya tanya balik soalan tu kat awak, awak cakap saya sesuai colour oren, sbb cute. awak tau tak betapa bermaknanya benda tu utk saya masa tu?

bila awak masuk plkn, saya tak sempat cakap goodbye. hampir dua minggu tak mesej awak. awak mesti tau yg saya hari2 tunggu phone saya bunyi kan?

bila awak masuk matrik, awak ingat tak apa awak cakap kat saya? tulah first time awak open up and cerita pasal diri awak, family awak. dan itulah first time saya tak dapat cakap ape2 utk legakan hati awak. sampai skang saya still rasa sikit menyesal sbb tak dpt cakap apa2 time tu.

awak sentiasa akan cari alasan utk call saya. contohnya pasal nak tanya something related to english la, pasal reunion la. kenapa ek? sampai sekarang saya tertanya-tanya.

sampai sekarang, saya terpikir, awak sebenarnya ada rasa apa2 tak pasal saya? kalau takde, takkanla awak sanggup mesej saya hari2. kalau takde, awak takkan bazir kredit call saya sejam dua malam2 semata2 nak dengar saya membebel. awak takkan sanggup call saya pakai public phone masa awak kat plkn. walaupun awak suka reply pendek2 mcm taknak layan, tapi kalau awak takde ape2 rase kat saya, awak takkan reply langsung mesej saya kan? bila saya marah, awak takkan pujuk dgn smiley awak. awak takkan cakap awak rindu saya bila awak masuk plkn. awak takkan cerita apa2 pasal diri awak sbb saya tahu, betapa pendiamnya awak bila dgn org. awak takkan cerita masalah family awak kat saya, something yg awak tak pernah cerita kat org lain. awak takkan mengaku awak suka kat saya, kalau awak tak maksudkannya, kan?

tahu tak, saya mimpi kita jadi kawan balik? maybe we never will. however, i just wanna say: pls be happy with your life as i am with mine. i'm moving on. :')


..........................................................


6 comments:

dell~ said...

aha... siapekah?

spAn_kUrAk said...

dell kenal kot! haha

t n o e said...

wei S bukan nama sebenar ke ni??
ke F bukan nama penuh?
hahahaha

cepat!! aku tahu!

hahaha

spAn_kUrAk said...

S la. huhu
sedih ja aku :P

dell~ said...

kenal? sekelas?

spAn_kUrAk said...

ala, dell ni~!
aku suka budak tu dulu la.. huhu
mst dell x ingt dh ni. huu