Sunday, June 27, 2010

adat bercinta

harus ada gaduh2. even the smallest fight pun. aku penah rasa couple and tak penah gaduh, skali bila dh gaduh besar, hamikk kau clash terus. :P

gaduh dgn kekasih nh best. kenapa? sbb time nh je boleh dpt attention die. time nh je boleh sound die. time nh je boleh release tension. and the aftermath gaduh nh, bila kekasih pujuk, ewahhh... boleh trbg pegi bulan. :D

tp satu yg aku belajar, bila gaduh dgn kekasih, JANGAN gitau public. nk gitau membe2 boleh, tak kesah. tp takyahla post kt facebook ke, twitter ke ape2 lah. buat mcm tu boleh disinonimkan dgn kau amek speaker pastu kau jerit "saya sakit hati dgn bf/gf saya sbb die ______ (ape2 keburukan die)!" supaya satu dunia tahu.

kenapa tak boleh?

eh, bkn tak bolehlaaaa. nak buat jugak, tak kisah. aku admit aku pn penah buat. consequences die, pedih ulu hati sehh.

1) kita kena ingat, bila kita gaduh, kita tgh dikuasai sifat marah. so of course la time gaduh tu bnde2 kecik nmpk besar, salah kekasih yg kecik tu kita samakan mcm die curang ke ape. pdhl entah2 salah die puji fizikal org lain je, so kita rase tergugat. ok2, katakanlah bagi kita salah dia memang besar eventhough org lain tak rasa camtuh (hey! try step in my shoe for a minute!), bila kita marah pastu post kt fb mcm2 caci maki utk chenta hati kita, bila kita dh ilang marah, post kita tu boleh pdm balik ke? mmgla boleh, but it's too late sbb ramai org dh baca post tu.

2) kita memalukan kekasih kita. sanggup? kalau time marah mmgla rasa sanggup, bila dh reda?

3) time nh la pendengki2 kat luar sana laju je amik cerita anda buat jd bahan gosip. mana tau satu hari nnt gosip nh yg buat hubungan anda terumbang-ambing, macamana?

4) "Frankly my dear, i don't give a d*mn." ini mungkin isi hati most of the people who read isi hati anda yg anda post tu. benda2 private mcm nh kn elok share dgn org2 yg rapat dgn kita je. :)

skali lg aku ckp, aku pun penah buat benda nh. tp dh lame2 aku phm, aku buat nh sbb nak lepaskan marah je. pdhl salah mamat tu mmg cinonet habis. and at last, aku jugak yg mnyesal, aku jugak yg nangis pikir kenapa la aku sengal sgt sbb ikutkan rasa marah. ahahaha.

anda kena fikir, teruk mana pun anda gaduh, kemungkinan besar mesti baik balik punya kan? gaduh tu biasalah, gaduh manja. everybody else doesn't have to know about the details, ok? :)



*post takde kene-ngene ngn sape2, no heart feelings eh. :)*






kasih manusia sering bermusim,
sayang manusia tiada abadi,
kasih Tuhan tiada bertepi,
sayang Tuhan janji-Nya pasti.

(RAIHAN - Kasih Sayang)


3 comments:

MochaLover said...

i like this!

spAn_kUrAk said...

thanks syg! ;)

RieNa said...

bagus peringatan ini.

nanti dah jd suami isteri pun,kalau gaduh jgn crita kat org lain (unless kalau dah teruk sgt sampai kena bercerai berai,yg tu kena jumpa kaunselor pejabat agama).
sbbnya, kita gaduh kejap je, lps tu baik balik. sedangkan org luar yg tahu crita kita gaduh, akan terus simpan crita gaduh tu sampai bila2. sedangkan kita dah berbaik balik, dan salin menyintai.
tak ke itu memberi pandangan buruk suami/isteri kita pd org lain?

bagus, nenex matang dlm pikirkan hal ini. boleh kawen dah minggu depan. hahahaha