Wednesday, August 29, 2012

tiga ratus saat.

kau kata aku rumit
bila aku cuma minta lima minit
sebelum mataku aku pejam
sebelum aku ucap selamat malam.

kau kata aku menyusahkan
bila aku cuma katakan
suaramu aku rindu
dan ia pelerai masalah aku.

kau kata perempuan semua sama
padahal apa aku inginkan cuma
sedikit masa
untuk dengar kau berkata
untuk lihat kau ketawa
untuk mesej "saya okay saja"
untuk dengarkan puisi cinta
yang aku gubah di masa percuma
tiap kali aku teringat kita
dan betapa bahagianya rasa
dekat dengan kau yang aku suka
sepenuh jiwa.

sakit.
sebab hatiku banyak kesan jahit.

"Kalau duit boleh beli masa, aku ingin beli lima minit masa kamu."

3 comments:

Hunkiecrush said...

Kan? Sama je lelaki bangang. -_-

Hunkiecrush said...

(Selalu jadi camni. Kadang-kadang mintak 5 minit, pastu jawab "okay cepatlah, takde mase ni") Fuck. ;k

spankuning said...

apa ni youuu. you pun lelaki lah! :D