Saturday, August 11, 2012

si Kosong.

1 Julai
Hari ni hari first awak jauh di mata saya. Best-nya awak dapat pergi USM. Yelah, awak pandai. Saya ni, dua kali tiga pun kena pakai jari lagi. Emm, Universiti Sains Malaysia, kan? First time saya betul. Hehe. USM dekat Pulau Pinang, kan? Nanti tangkap gambar pokok pinang banyak-banyak untuk saya, tau!

2 Julai
Baru sehari tak nampak tahi lalat bawah mata kiri awak tu, saya dah rinduuuuu.

3 Julai
Awak, awak, tadi saya pergi pantai! Mesti awak ingat saya buang tebiat, kan? Hehe. Sebenarnya saya baru teringat, Pulau Pinang kan kat seberang laut. Jadi, saya pergi la pantai tadi. Saya rindu awak, nak cakap dengan awak. Saya ada jerit "SAYA SAYANG AWAK!" kuat-kuat tadi kat laut tu. Semua orang pandang. Tapi, saya tahu awak mesti dapat dengar kan dekat USM tu? :)

7 Julai
Awak, sorry. Saya lupa mana saya letak diari ni. Dulu awak selalu marah saya sebab saya pelupa. Mungkin sebab tu kot saya tak pandai macam awak? Awak, saya sayang awak tau.

8 Julai
Dah seminggu, kan? Yeayyy! Awak cakap saya boleh call awak lepas seminggu awak pergi USM. Tapi, wak... saya lupa nombor handphone awak apa. :( Lepas tu kan, saya cari nombor awak dalam Yellow Pages. Semua orang yang nama Dahlia, semua saya call. Tapi semua bukan Dahlia yang belajar dekat USM. Semua bukan Dahlia cinta hati saya. :'(

15 Julai
Sorry sebab lama tak tulis untuk awak. Saya busy sikit ni wak. Saya pergi tolong kawan jual baju bundle dekat-dekat sini. Dapat duit nanti, saya nak beli something untuk awak. Saya dah tahu dah nak beli apa. Mesti awak suka, sebab dia colour favourite awak. :)

21 Julai
Awak, hari ni kan, bila saya kira-kira, genap tiga tahun saya dengan awak. Happy sangat! Kalau boleh saya nak dengan awak sampai bila-bila. Awak ingat tak anniversary kita? Mestilah awak ingat, awak kan pandai. Sayang awak. :)

24 Julai
Yeay awak balik sini! Saya happy sangat masa awak peluk saya tadi. Saya rasa macam taknak lepas tengok muka awak. Tapi, awak monyok kenapa? Oh, mesti sebab saya lupa belikan awak hadiah! Sorry... Bodohnya saya ni. :( Tapi yang lagi bodoh, saya lupa mintak nombor handphone awak lagi. :'(

25 Julai
Sedihnya hati masa hantar awak pergi bus stand tadi. Kenapa awak balik sehari je? Rindu tak habis lagi ni. Nak menangis rasa. Awak cakap, lagi sebulan baru awak balik. Tak apalah, awak kan busy. Sampai mati pun saya nak tunggu awak kat sini.

1 Ogos
Tadi, saya jumpa Meha. Dia pun belajar USM jugak rupanya! Saya happy gila! Boleh saya kirim surat dekat dia, suruh bagi kat awak. :) 

2 Ogos
Meha kata, awak ada boyfriend baru dekat sana. Takkanlah. Saya la boyfriend awak, kan? Sebab saya sayang awak, awak sayang saya. :) Mungkin lelaki tu kawan awak je kot. 

3 Ogos
Semalam, saya tak boleh tidurlah, wak. Saya teringat apa Meha cakap. Lepas tu, saya rasa rindu sangat kat awak. Tiba-tiba saya sakit dada. Tak tahu kenapa, mungkin sebab batuk kot. Saya batuk sampai menangis. Macam budak-budak kan saya?

9 Ogos
Awak, saya baru terfikir! Kenapalah saya tak tulis surat je kat awak? Haha. Bongoklah saya ni! Saya nak tulis rindu 100 kali dalam surat! Nak tulis sayang pulak, 500 kali! 

10 Ogos
Saya dah siap tulis surat kat awak! Saya betul-betul serius tau tulis rindu dan sayang beratus-ratus kali. Lepas tulis, saya mintak kakak saya tolong kirakan sebab saya tak pandai mengira sangat. Sorry. Tangan saya lenguh kejap malam tadi, longlai je. Tapi saya happy. :) 
Dah letak dalam sampul, dah lekat setem, baru saya teringat. Saya tak ada alamat awak dekat USM. Tanya Meha, dia pun tak tahu. Tak apalah, saya simpan surat ni sampai awak balik. 

15 Ogos
Dah lima hari tengok gambar awak. Tapi saya tak pernah bosan. Rindu mata coklat awak, hidung mancung awak, jerawat comel kat pipi awak, bibir pink awak. Macamana lah saya boleh dapat girlfriend cantik dan sweet macam awak?

20 Ogos
Awak, saya dah kira-kira hari. Lagi seminggu awak balik sini, kan? Tak sabarnya! Boleh celebrate birthday saya dengan awak. Saya dah belikan hadiah untuk awak. Nanti kalau awak tanya harga, saya nak jawab "tak semahal sayang saya kat awak." Hehe. Dua minggu tau saya fikir jawapan tu! Saya nak jadi boyfriend awak yang sweet, macam awak selalu jadi untuk saya. 

21 Ogos
Saya jumpa Meha lagi hari ni. Meha selalu balik sini dari USM. Mungkin dia tak busy macam awak, kot? Tadi dia tunjuk gambar awak. Awak makin cantiklah, rasa nak cubit-cubit pipi! Tapi... awak pergi celebrate birthday siapa tu? Siapa lelaki tu? Kenapa dia cium pipi awak? Saya tak berani nak tanya Meha.

28 Ogos
Rindunya kat awak. Saya selalu sakit dada sejak akhir-akhir ni, sebab tu dah kurang tulis untuk awak. Tapi bukan sebab tak sayang tau! Saya tak pernah tak sayang awak. Emm, sepatutnya semalam lagi awak dah balik, kan? Tapi awak tak ada pun kat sini. Awak pergi mana? :(

30 Ogos
Awak, awak ingat tak birthday saya hari ni? Rasa pelik pulak first time celebrate birthday tanpa awak di sisi saya. Dulu awak mesti buatkan kek coklat untuk birthday saya. Sekarang ni awak busy, kot. Saya tunggu awak balik, tapi awak still tak ada kat sini. Tak apa, saya faham. :)

1 September
Awak, dah dekat dua bulan tak jumpa awak. Mungkin awak busy sangat kot, kawan dengan lelaki tu. Tapi saya tahu, bila awak dah bosan kawan dengan dia, awak akan balik kat saya, kan? Saya tunggu awak tau. Saya sayang awak.

2 comments:

Hunkiecrush said...

Apalah motif lelaki ni tunggu lelama. Haiyoo.

spankuning said...

don't pretend you don't know. :3