Thursday, August 9, 2012

Jade and Clay

Malam tu, Encik S cari aku. Ada problem dengan girlfriend la tu, aku mencemik. Asalkan ada masalah, baru nak pandang aku, belai aku. Kalau time kau seronok, aku tengah baring pun kau tolak dengan kaki. Aku pandang dia, geram. Bila Encik S duduk sebelah aku, aku tak bagi respon apa-apa. Cuma aku pandang mata dia lama-lama. Hijau bertemu hitam.

"Bell, aku sedih," Encik S mulakan bicara. Spontan aku baring, dan pandang tempat lain. Dah seribu kali dengar ayat yang sama, bisik hati aku. Encik S tak puas hati. Dia angkat aku, letak aku kat riba dia. Aku menjerit sedikit, tapi Encik S usap kepala aku. Terus hati jadi suka.

"Bell," Encik S panggil aku lagi. Aku mengalah, aku tengok muka dia. "Aku sedih, Bell. Harini dia tak angkat call aku langsung. Alasan dia, dia bad mood. Itupun dia cuma tulis dekat Facebook. Aku sedih. Aku ni kan boyfriend dia." Encik S buat muka kesian. Geramnya aku, siapa suruh kau couple dengan anjing betina. Hati aku menggerutu. Tapi aku letak tangan aku atas tangan dia, dan aku usap perlahan-lahan.

Loceng pintu berbunyi. Laju Encik S bangun, sampai aku yang tengah baring sedap-sedap kat riba dia, tergolek jatuh atas tanah. Bangangnya manusia ni. Sakit tahu. Encik S lari laju-laju ke ruang tamu. Bila dia buka pintu, aku rasa rambut aku menceracak naik macam kena elektrik statik. Datang dah anjing betina dia. Tak cantik pun, make-up je lebih. Dia ingat comel la tu buat muka sedih, padahal pipi pun menggelebeh. Aku menyumpah-nyumpah dalam hati.

"You, I sedih!" Perempuan tu terus peluk Encik S. Dah mula dah drama murahan dia. Masa dia peluk Encik S, mata perempuan tu bertembung dengan mata aku. Aku menderam. Aku benci anjing. Perempuan tu pun, muka dia jijik tengok aku. Lepas tu, Encik S suruh girlfriend dia duduk atas sofa dan dia pergi buat air. Bila perempuan tu pegang mug air, aku terus terajang mug tu. Air tumpah atas baju dia. "YOUUUU!" dia menyalak. Tergelak-gelak aku dalam hati. 

Encik S marah aku. "Bell, jangan buat macam tu kat Bella!" Lagilah aku bengang! Aku tenung Encik S, macam nak makan. Gabra dia sekejap. Tapi lepas tu dia buat bodoh, pergi duduk sebelah anjing betina tu yang sibuk lap-lap baju buruk dia. Mereka berpelukan, Encik S usap kepala dia. Meremang bulu roma aku. Encik S boleh buat macam tu dengan aku je! Aku membentak. Terus aku melompat atas sofa, dan baring atas riba Encik S. Terkejut diorang, tapi Encik S usap kepala aku pula sambil tengok girlfriend dia dengan muka bersalah. Aku pastikan mata aku bertembung lagi dengan anjing betina tu masa aku menggesel manja dekat perut Encik S.

Akhirnya, diorang bergaduh. Anjing betina tu menjerit-jerit, baling kusyen-kusyen yang Encik S susun kemas atas sofa. Encik S pulak dayus, terus pujuk girlfriend dia. Aku tak faham sangat mereka cakap apa.















Yang aku faham, esoknya aku dah ada dalam kotak buruk tepi jalan. "PLEASE ADOPT ME, I'M CUTE!" tertulis depan kotak tu. Manusia memang babi.

3 comments:

Hunkiecrush said...

Tapi kenapa dia samakan pompan tu dengan anjing betina. Mula baca i igt ini cerita haiwan motif sangat Haha. :p

Hunkiecrush said...

Wait a minute. Kenapa tiada kesalahan teknikal, contohnya capitalization. Apakah yang mempengaruhi cik span ya?

spankuning said...

Memang cerita haiwan pun! Haha. Anjing betina kan bitch. Ada double meaning di situ. :D

Eh takde kesalahan teknikal ke? Haha memanglah dah you selalu carut :p