Tuesday, August 28, 2012

pendek.

"Ei apa ni." aku mencemik.

Dia diam, statik.

Geram, hidungnya aku jentik.

"Kenapa tengok macam dalam dunia ni, saya orang paling cantik?"

Dia buat muka penyek.

"Jom main teka-teki." dia tukar topik.

Dia hulur tisu yang tercarik.



Bila ke bawah, hitam beku.
Bila ke atas, coklat susu.
Paling cantik bila ke aku.
Tertunduk bila bertemu.
Melawan dalam malu.
Bersuara dalam bisu - 
Tapi sempurna bagiku.
Tahu tak apa itu?

6 comments:

Hunkiecrush said...

HATI!

spankuning said...

salahlah, sayang. hihi

Naim H. said...

mata?

spankuning said...

"itu sepasang mata kamu."

yeay Naim betul! :D

Hunkiecrush said...

K.. Yang ni Naim faham pulak. Damn. :p Nampak sangat dah mendalam-dalam. Hahaha. Camne leh jadi coklat susu. Huhuhuhuhu.

spankuning said...

you tak pernah tengok mata orang dalam-dalam eh Boi? nanti nampak colour coklat susu tu. :)