Sunday, August 26, 2012

tearheart

kau tak tahu?
Peter Pan aku diam membisu
lepas dia bawa aku
ke langit biru.
Pegangannya kini kaku
Aku jatuh seribu batu.

kau tak dengar?
kaca jatuh atas jalan tar
Felix Felicis tumpah meliar
lepas jantungku dia gegar
dalam hatiku diwujud onar
rindu pada yang mustahil disambar.

kau tak nampak?
Bintang cerahku kini retak
bila aku cuba letak
ia dalam kotak
seorang manusia kacak.
Sebab ia dah terlalu sesak.

kau tak faham lagi?
Jejaka idaman hati
terus menyepikan diri
lepas mimpiku aku beri
lepas ingatanku aku kongsi
lepas degupku serentak bunyi.

Sebab kotak hati dia
penuh memori cinta hatinya
bukan aku, yang pastinya.
Hidup - jarangnya memihak kita.
Derita, sengsara,
Semuanya perkara biasa.


Cuma kadang kala,
aku harap Peter Pan tetap ada
lepas aku selamatkan Neverland dia.
Felix Felicis terus setia
suluh jalanku dengan cahaya
lepas aku selamatkan ia
dari kekejaman dunia.
Dan bintangku kekal di sana
Lepas aku gilap ia separuh nyawa
dan aku pecahkan lampuku hanya
supaya sinarnya melampaui semua.

3 comments:

Johan said...

Aku suka semua ayat terakhir dalam setiap rangkap.

You have set the bar so high Pauline. Boleh begitu?

spankuning said...

mesti you boleh faham how shitty i felt semalam. :(

hey there is never a bar!

Johan said...

Sebab fahamlah suka. Haha!