Saturday, August 11, 2012

Dreamland

1
macam kena renjatan elektrik, kan?
saat orang yang kau idamkan,
cuma bersentuhan bahu dan tangan
atau sekadar mencuit di lengan
atau melemparkan sekecil senyuman.
perasaan itu
yang kau takkan jumpa di mana-mana
takkan peroleh dari siapa-siapa
melainkan pada orang yang kau suka
tapi dia tak pernah tahu.



2
Cinta? Heh.
Orang tanya, kenapa perlekehkan ia?
Semua orang sama perasaannya.
Tapi, kan dah mainstream, semua ada?
Kalau boleh, biarlah perasaan jiwa
tak boleh diterangkan dengan kata-kata
berlainan untuk setiap manusia
bagaikan sejuta serakan warna
istimewa untuk seorang sahaja.
Cinta tak seabstrak kita.



3
Kecewa,
perasaan dia tiada beza
macam kau nampak sebungkus Rota
indah bungkusan, banyak isinya
dan kau beli ia pakai duit raya
tapi cuma rasa angin dan pasir semata.
Akhirnya kau buang begitu sahaja
dan kau terpaksa lupakan ia
yang dulu kau ingin separuh nyawa
yang kau pertaruhkan dua ringgit lima.


No comments: