Thursday, August 16, 2012

August dust

"Cepatlah. Kau dah janji. Hari ni 12 haribulan," aku cekak pinggang depan rumah dia. Mana taknya, dia masih dengan boxer ungu dan sweater hitamnya.

"Hari ni 11 haribulanlah. Lagipun, kenapa aku nak tengok benda yang aku tak tahu?" dia memuncungkan mulutnya. Geram pulak aku.

"Aku dah kata, kita nak tengok Perseids, pukul 12 tengah malam. Kan dah 12 haribulan masa tu," aku geleng kepala. Kadang-kadang aku harap dia tumpukan perhatian dalam kelas.

Dia tutup pintu sambil menggumam 'siap kejap'. Seminit kemudian, dia keluar. Tak ada beza, cuma sweater hitam dia tukar dengan varsity jacket hijau gelap. "Jangan banyak bunyi," dia bagi warning dekat aku. Lantak kaulah, kejap lagi sejuk baru tahu.

Aku dan dia sampai ke sini pukul 11.30 malam. Tempat ni tersorok sedikit, aku terjumpa pun sebab aku pernah cari kucing aku yang lari sampai ke sini. Naik 20 anak tangga, jumpa tokong lama, masuk hutan kecil di belakangnya, dan kau akan nampak setapak kecil padang rata atas bukit. Atas nampak langit, bawah pemandangan atap-atap rumah.

"Awalnya kita sampai," dia membebel lagi. Aku rasa bersalah pula, sebab sebenarnya aku pun tak tahu benda tu start pukul berapa.

Setengah jam menunggu, langit secerah pesta ria. Tak ada langsung tanda-tanda luar biasa. Awan pun tiada. Dia membebel lagi. Aku buka sketch pad yang aku bawa, koyak secebis kertas, hulur pada dia.

"Nah, tulis impian kau kat sini," aku berkata, tegas. Dia buat muka curiga, dan aku kata "jangan banyak bunyi" sebelum dia sempat buka mulut. Ha, seronok tak kena warning yang sama? aku tanya dalam hati. Dia mendengus geram, dan mula menulis. Tersorok-sorok, macamlah aku hairan dia nak tulis apa. Geramnya.

Sampai pukul 1.30 pagi, aku masih setia mendongak. Keluarlah, bisik hati aku. Dia dah lama mengaku kalah, tertidur sampai berdengkur perlahan. Tak senonoh berdengkur sebelah perempuan. Dan masa tulah, sesuatu melintas kat hujung mata aku. Aku palingkan kepala, dan aku nampak segaris cahaya di langit cerah.

"Oi, bangun! Buat impian kau sekarang!" aku kejutkan dia. Ah, aku lupa betapa mustahil mengejut seseorang yang tidur macam beruang koala. Tapi, dia hulur cebisan kertas pada aku sambil menggumam 'buatkan' dalam tidur. Aku baca impian dia.

Aku harap Mia sayang aku juga.

Aku terdiam sekejap baca nama sendiri. Tapi lepas tu, aku letak kembali kertas tu dekat tangan dia. Bodoh, aku fikir. Kan dah rugi. Kenapa kau impikan benda yang dah jadi kenyataan? Lepastu, aku perhatikan hujan meteor itu sepanjang malam, tanpa mengimpikan apa-apa.



4 comments:

Hunkiecrush said...

So sweet. Ditambah lagi dengan hujan meteor. OVER OKAY!

spankuning said...

yang you maksudkan sweet tu the post or the song? haha.

btw hujan meteor ni betul-betul baru jadi tiga hari lepas. kenapalah kat Malaysia tak boleh nampak. :'(

Naim H. said...

Kenapa macam tahu cerita ni :)

spankuning said...

WHAT! :O