Sunday, August 12, 2012

baru.

Walaupun benda tu dah sebulan jadi, aku rasa macam baru semalam dia duduk depan aku atas padang rumput. Pandangan dia kosong, sebab aku bukan lagi permaisuri hati dia.

"Awak, kita clash." Pendek.

"Sebab?" aku menjawab, lemah.

"Saya dah nak kahwin." 

Malam tu, aku menangis melalak bagai nak rak. Segala barang aku campak. Babi punya jantan, dasar pukimak. Bantal dengan baju aku habis lencun sebab paip air mata aku terbuka sepanjang malam. Berani pulak tu dia hulur kad kahwin dia. 30 Ogos, nama dewa hati aku dan nama seorang stranger tertulis dalam tulisan berangkai. Indah, tapi sakitnya, Ya Allah.

Semua kawan aku bersimpati. Semua cakap, memang lelaki tu berperangai babi. Semua suruh aku berkurung dalam rumah sampai majlis tu berakhir. Sebab tu, semua kawan aku marah bila aku decide nak pergi. Aku pun tak tahu kenapa aku nak pergi. Mungkin nak menguji diri sendiri, sejauh mana sakit tu aku boleh hadapi.

Pagi, 30 Ogos. Lepas Subuh, aku dah tak boleh tidur. Aku bangun dari katil, kaki aku rasa macam jeli. Perlahan melangkah ke almari, nak tengok baju apa cantik dipakai ke kenduri. Aku ternampak baju kurung warna ungu emas dengan corak bunga-bunga kecil. Dulu, dia cakap dia paling suka aku pakai baju tu. Spontan aku tersenyum, kesian dengan diri sendiri. Lepas tu, aku capai baju kebaya warna merah - baju arwah mak.

Dalam tengah hari, aku dah siap curl rambut. Dulu dia punyalah marah aku curl rambut, sebab dia kata macam amoi wannabe. Eyeliner sikit, maskara sikit, blusher nude, lipstik nude. Dia pun selalu tak bagi aku pakai make-up, nak natural beauty katanya. Aku tengok muka aku kat cermin. Tabahkah aku? Aku capai purse dan pergi.

Perjalanan pergi kenduri tu macam mimpi. Aku rasa kaki aku ada fikiran sendiri, sebab sedar-sedar aku dah nampak khemah-khemah warna kelabu graphite. Tergelak sekejap, sebab dulu masa aku dan dia berangan nak kahwin, aku ada kata aku nak baju pengantin warna kelabu. 

Makan. Terjumpa kawan lama. Berborak. Akhirnya, sampailah masa yang aku takutkan. Kawan-kawan aku ajak jumpa pengantin, ucap tahniah. Buka kasut, masuk dalam rumah, pergi ke pelamin tempat dia dan permaisuri baru dia sedang bersanding.

Dia kaget sekejap bila nampak aku. Aku? Perasaan bercampur-baur. Nak menangis ada, nak marah ada, nak lari dari situ pun ada. Tapi, aku ternampak muka permaisuri baru dia dan kekuatan aku datang dari situ. "Tahniah," aku ucapkan. Dan aku lemparkan senyuman. Ikhlas.

Malam tu, aku online, bukak Omegle. Tergelak-gelak tengok gelagat manusia. Tak ada lagi air mata dan kata makian. Tidur lambat sikitlah malam ni, getus hati aku. Esok kan cuti Hari Merdeka. Tanda bebasnya aku dari cinta lama.

3 comments:

Hunkiecrush said...

Senangnya move on. Kawan kita kat sarawak tu patut bukak Omegle.

spankuning said...

Actually i terfikir what should I do kalau crush I kahwin.

Memang painful tapi at least I face my fear, and nanti2 bila I sendiri dah kahwin I takkan menyesal buat benda tu. :3

You jahat. Hehe.

Hunkiecrush said...

Youre such a stalker. HAhaha.