Sunday, August 12, 2012

Heart Palette.

4
Siapa sangka, kiub rubik yang biasa
boleh menyimpan seribu makna.
Mungkin aku seorang sahaja
yang melihat sisi permukaannya
dengan emosi dan ekspresi berbeza.
Permainan bagi kebanyakan manusia
Tapi bagi aku, satu panorama.
Tiga sekunder, tiga prima
Enam sisi, sembilan sewarna
padankan semua, dapat bahagia.


Kuning macam persahabatan kita
Jingga mewakili hati ceria
Merah macam maraknya rasa
Hijau bagaikan cemburu buta
Biru rasa secubit sengsara
Dan putih, campuran kesemuanya.
Kiub rubik yang biasa
tapi bagi aku, mewakili jiwa.
Ataupun cinta.
Atau sekadar fenomena dunia.


Terlalu ramai mahukan sempurna
sehingga gigih mencari formula
ada yang cerai dan cantum semula
hingga kiub rubik berderai sejuta.
Tapi aku percaya
aku akan dapat penyelesaiannya
tanpa teknik, tanpa paksa
kerana aku suka dia semata-mata
juga kerana aku suka warna
dan kerana jiwa tiada tersangka.


Memang, aku paling gemarkan warna.
Macam aku suka pelangi senja.
Macam aku impi lihat aurora.
Macam air terbias cahaya.
Macam lolipop bersaiz raksasa.
Macam sepasang mata dia
bila dia sedang ketawa.
Kiub rubik aku, ada segi tiga kaca
yang aku fokuskan ke titik buta
ratusan juta penduduk dunia, tolak dua.


Sebab warna, jiwa, rasa, kita
dan segala-galanya yang aku ada
aku tanam, aku baja, aku jaga
di satu sisi dunia 
untuk aku dan kamu saja.

:)

7 comments:

Johan said...

Ini sangat seronok untuk dibaca dan bermakna dalam pelbagai warna. Haha.

spankuning said...

yeayyy dapat pengiktirafan penulis Constraint! <3
mungkin setiap manusia juga ada warna tertentu. macam mint untuk kamu. :D

Hunkiecrush said...

Besttt. Tolak dua tu maksudnya "kami berdua" kan?

Hunkiecrush said...

Besttt. Tolak dua tu maksudnya "kami berdua" kan?

spankuning said...

iye, sayang. sampai dua kali dia terpost comment sama. hehe.

Naim H. said...

Span gila :3

spankuning said...

omg. ni memang semata-mata nak comment ke apa? haha