Sunday, October 17, 2010

a word of advice

kamu, sampai bila kamu mahu stop. adakah kamu sedar bahawa kamu sedang melukakan ramai orang? kenapa kamu tak sedar yg mana lebih penting, lebih berharga buat kamu? ya, saya tahu, dia lebih berharta dari yg seorang lagi. tapi sedarkah kamu yg harta tak kekal lama? bila si dia sudah tiada harta, adakah kamu akan meninggalkan dia dan pulang ke yang seorang lagi?

saya sudah kata dari dulu, pilih seorang sahaja. jika tidak, you'll end up hurting both. tapi kamu tak nampak consequences perbuatan kamu. yg berharta kamu gunakan, yg sayang kamu, kamu lupakan. yg berharta kamu layan baik-baik, yg sayang kamu, kamu marah-marah. saya bukan nak cakap kamu cuma memandang harta, tapi cuba tanya diri sendiri.

saya sangat sakit hati melihat kamu berpegangan tangan dgn yg berharta. kenapa kamu tanya? sbb dia bukan kekasih kamu! dia cuma skandal - aku betul-betul naik menyampah dgn term 'skandal' ni. kenapa kamu tidak malu buat mcm tu depan kami? kamu patut sedar yg kami juga sudah rasa seperti dipergunakan.

sekarang setiap kali saya melihat muka yg berharta dan kegigihannya datang mengambil kamu, membawa kamu berjalan-jalan mengikut arahan kamu, saya simpati.

mungkinkah bila dia pergi setahun, dua tahun nanti, baru kamu akan kembali berbaik-baik dgn org yg sepatutnya penting buat kamu? itu bukan sayang maknanya.

sila sedar bahawa kamu sedang mempergunakan dan melukakan ramai orang. saya tidak sangka bahawa saya telah sedaya-upaya menolong kamu mempergunakan saya kembali.


serik,
atiqah.

No comments: