Saturday, January 8, 2011

restoran c*bai-c*bai.



memang c*bai gila restoran tu. actually nama sebenar dia tupai-tupai, yg dekat seksyen 13 tu. aku dgn ungku dah naik kereta ni, duk pusing-pusing shah alam tgh pikir nak makan kat mana. hampir semua kedai makan dah membosankan aku. so tiba-tiba kitorang 'ter'masuk dekat seksyen 13 dan jumpa restoran tupai tu. ungku pun suggest makan dekat situ, so aku follow jelah.


tapi aku macam dah heran dgn layanan lima bintang yg pekerja kedai tu bagi dekat kitorang. siap sanggup sambut kitorang dari luar lagi kot! nasib tak ada kompang bunga manggar segala. bila dapat menu, aku terus selak, selak, dan selak menu tu untuk mencari makanan paling murah. dalam hati dah menyumpah-nyumpah dah - apasal sup campur sampai RM14 ni! b*bi. last2 aku amik lamb chop. at least harga dia mahal, aku boleh reasonlah kenapa. ungku pulak amek nasi goreng kampung, harga RM7.50. kepala takuk dia. kalau macam tu baik aku pergi makan pizza.

aku dah takut dah nak order air, jadi aku mintak ais kosong je. memula ungku dah mintak fresh orange, tapi cepat-cepat tukar jadi teh o' ais. itupun teh o' ais harga RM2.20. mcmlah aku boleh jumpa emas dlm teh o ais tu.

kitorang makan sambil menyumpah dlm hati kot. sumpah tak kenyang, yalah, makan tak berkat duk mencarut2 kan. hihi.

kalau aku kaya 20 tahun kemudian pun, aku takkan makan kat situ, rela aku pergi haagen dazs ke apa. kedai fefeeling hotel konon, padahal tarikan dia cuma dua ekor tupai yg dikurung dalam akuarium.





*bila google, restoran ni khas utk steamboat sebenarnya. tapi steamboat seorang RM25++, dan dia nak minimum dua org. terima kasih jelah. T___T
**patutlah tak nampak student-student makan kat sini. bengap.

2 comments:

Mikael said...

gila babi mahal. kat mana ni?

spAn_kUrAk said...

restoran ni ada dekat KL jugak. huhu.
tapi aku makan dekat seksyen 13 shah alam ni. cawangan baru kot -___-"'