Tuesday, March 15, 2011

cara menegur kawan.

ini adalah entry emosi sebelum tidur.

apa definisi kawan bagi anda? kompem lain-lain kan? dalam hidup aku ni ada beberapa kali jugaklah aku ada krisis dengan kawan. dari semua tu, aku dapat draw satu kesimpulan: do not stick with a same friend for too long. kenapa macam tu? sebab bila kau terlalu lama dgn dia, pegi kelas sama, rumah sama, makan sama, lepak sama hari-hari selama 2, 3 semester, kau akan mula terasa hostile. yalah, bila dah lepak lama-lama, kita mesti makin nampak keburukan dia. dan walaupun keburukan dia tu satu benda kecik, kalau kita tengok hari-hari pun mesti boleh rasa menyampah.

yang membawa kita straight ke point pertama. bila kita dah rasa tak boleh tahan dengan kawan kita ni, tak eloklah kalau kutuk belakang je all the time. anda pun tahu, nothing good can come out from talking behind people's backs. dosa dapat, membe tu pulak kesiannya kalau dapat tau. sebaiknya, pegila jumpa membe depan-depan, dan ini penting: cakap elok-elok. terus-terang cakap, sebenarnya kalau kau cakap baik manapun, kompem dia akan hurt jugak. tapi Nabi pun kata "berkatalah benar walaupun pahit" kan? so bahasa guna elok-elok. tone tu rendah-rendahkan. jangan cakap something yg boleh degrade dia. dan yg paling penting, JANGAN TEAM UP DENGAN ORANG LAIN. aku pernah kena ni, memang rasa malu sangat2. feeling ini adalah feeling paling fucked up dlm dunia, bila kau sedar member2 kau tak suka kau.


lagi satu, janganlah melebih-lebih tegur org. kau nampak salah dia dua, tiga je. tapi dek excited sangat mengeji dia, terus boleh buat satu list. sedangkan most of the things yg kau cakap tu bukan satu kesalahan pun kat mata org lain. jgn rasa diri kita superior sangat. yg lagi bagus, buat sesi saling menegur - dia pun boleh tegur salah kau pada masa yg sama, bolehlah sama2 baiki diri. lagi satu, bagilah dia can nak defend diri. mcm aku kata, jgn rasa diri kita ni superior bila kita yg tegur dia. boleh jadi dia pun nampak salah kita, tapi takde la sekejam mana sampai nak cakap depan-depan.

point ketiga; lepas dah tegur member elok-elok, bagilah masa untuk dia berubah. janganlah tegur semalam, hari ni marah2 sbb dia still buat benda yg sama. bila benda tu dah jadi habit, memanglah susah nak ubah. also, jangan think negative sangat. sometimes kita terlalu tak suka org tu sampai apa yg dia buat pun kita rasa menyampah, kita boleh buat isu. jgnlah judgmental sangat.


aku pernah kena benda ni. adalah dlm 2, 3 kali. tapi satu je aku nak mereka tahu. aku bukan jenis confront org. kalau aku nampak salah org, memanglah aku akan kutuk tapi aku takkan jelas-jelas jumpa org tu cakap sebijik-sebijik apa salah dia. people make mistakes, dan aku tau kalau aku confront mereka2 ni memang kompem dorg nangis gila-gila. sedangkan aku pun boleh menangis hampir setengah semester. selain itu, aku tak suka berkira dgn kengkawan. kalau member pinjam barang banyak kali sampai lupa pulangkan balik, memang aku senyap je sbb aku tau kalau aku cakap mesti dia terasa and segan gila. aku pernah rasa mcm tu dan aku taknak org lain rasa benda yg sama.

so yg penting dalam berkawan, kenalah ada tolak-ansur. kalau nak tegur, tegurlah selembut mungkin sbb kalau kau ada kat tempat dia, belum tentu kau akan terima teguran tu dgn tenang. lagi satu, kalau dah nampak salah org tu, dah tegur, tak payahlah nak fefeeling terus tak suka dia lama-lama. tak pernah dengar ke org cakap "to forgive is divine"? last advice: just because people never state your mistakes out loud, it does not make you faultless at all.


minta maaf.


terima kasih.

4 comments:

inkmott said...

Thanks po. HAHA terasa aku dri mula2 baca sampaila habis. Hehe. This was a great reminder to me. :D

spankuning said...

eh! sorry la naim! aku buat benda ni bukan utk buat sesape terasa. ni bukan situation aku pun. aku buat utk membe aku. kesian tgk dia. hmmm

sorry naim :$

Haki said...

the worst feeling is when you realize your friend doesn't like you. Agreed.

spankuning said...

kan! i could cry for a whole semester bcuz of that :(