Friday, March 18, 2011

7 reasons why my papa is the coolest.

1. he knows the answer to every questions.

kalau aku recall balik, dari aku kecik sampailah ke besar, aku memang suuuuuuka sangat tanya soalan kat bapak aku. dari soalan yg paling bodoh sampailah ke soalan yg paling rumit tahap PhD. tapi takdelah nak tanya soalan kalkulus tiba-tiba, mau kena terajang nanti. tapi kalau kau tanya anything about life, politics, current issues, even about those cars on the road, dia boleh jawab semua. hari tu aku saja je tanya "pa, kat internet kata insurans kenderaan naik 150%. tak boleh ke kita tak bayar insurans pa?" lepastu dia terus explain pasal pros and cons insurans tu sekali dgn reasons kenapa kerajaan buat macam tu. but let me assure you, reasons dia penuh dgn benda2 negatif je. haha. pernah aku nak tolong ungku beli tayar, call bapak aku je terus dpt harga utk semua jenis tayar siap dgn ketebalan dia semua. antara soalan lain termasuklah "papa, earthquake kat Jepun tu apa update terkini?" or "papa, kereta apa tu? berapa cc dia?" or "papa, kenapa tak elok pakai superbike?" or "papa, ni pokok apa?" or "papa, cemana nak masak asam pedas daging?" 
semua. dia. tahu. 


2. he always knows what to do.

pernahlah kitorang otw ke Pahang sbb nak pergi kenduri kawen pakcik aku. kat tengah2 highway tayar meletup kena paku. papa buat2 kerja, setengah jam dah siap pasang tayar baru. pernah suis kipas termasuk ke dalam dinding sbb entah tangan dajal mane entah cucuk suis tu bukan main dalam lagi. aku bagitau papa, 2 hari lepastu aku tengok suis tu dah ok. masak? menjahit? semua papa aku tau. kereta mama eksiden? papa aku repair, 2 hari dah siap. kereta kakak sedara aku, dia yg tolong cek dan bagitau apa yg patut dibuat. selalunya kalau aku stuck in a hard situation, 50% kerisauan aku akan hilang lepas aku bagitau papa aku. :)


3. he never gets tired in answering your questions.

kau org ingat tak iklan raya petronas satu ketika dulu? yang burung apa burung murai tu. bila aku tengok, aku pun mcm annoyed kalau org tanya soalan sama banyak2 kali. so aku try la kat bapak aku. everytime kitorg lalu roundabout kat shah alam tu, soalan lazim aku mesti "papa, kalau turun bawah ni pegi federal highway kan?" aku akan tanya setiap kali lalu situ. dan setiap kali tulah dia akan jawab in full - lalu bawah pergi Klang, lalu pukul 3 pergi KL and so on. so aku mcm tak puas hati kenapa bapak aku tak pernah penat jawab soalan yg sama. huhu.


4. his advices are always true.

pernah aku pakai gelang kristal aku pegi kelas masa asasi dulu. papa cakap jangan pakai, bahaya. dua hari lepas tu gelang tu tercicir, hilang. menangis tak hingat aku masa tu. tapi menyesal jugak sbb tak dengar cakap papa. lepastu apa-apa yg aku buat, mesti aku refer kat papa dulu. kalau tak kompem rasa tak sedap je nak buat. tapi takdelah semua benda aku refer, just benda2 besar je contohnya kalau nak beli laptop or kereta. kalau dia kata okay, okay la. :)


5. kalau kau mintak duit, 99.8% chances are he'll give it to you.

aku nak tolong member aku, dia memerlukan duit. so aku msg la mama sbb rm500 aku ada kat dia. lepastu papa aku terus call, tanya "nak berapa duit?" aku cakap rm100. dia tanya nak buat apa, aku cakap deposit. aku tak cakap pun deposit apa. dia terus datang sini bagi kat tangan aku. malam tu dia bank in lagi rm400 sebab dia tengok aku tinggal lagi rm40. menangis kot aku. terharu sangat. yg lg 0.2% tu bila dia tinggal rm1 je dalam wallet dia. 


6. you can always hold on to his words.

kalau dia cakap nak bawak pegi pc fair, dia akan bawak jugak walaupun dia sakit kaki dan penat. kalau dia cakap nak pegi rumah atuk, dia akan bawak jugak walaupun dah tengah malam. kalau dia cakap nak masukkan duit hari selasa, hari selasa tulah dia masukkan duit. sebab tu bila dia pinjam duit dari atuk aku dgn jumlah yg sgt banyak nak buat rumah, atuk aku boleh bagi. dan sebab tu jugaklah aku tak suka kalau ada org cakap nak buat something lepastu tak buat, a.k.a cakap macam keling.



7. and lastly, he is the best.

need i say more? anak mana yg tak pikir bapak dia mcm tu kan? :)

lampu ni dia pasang sorang-sorang. hihi



*ya, aku memang rapat lagi dgn papa aku compared to mama. tapi it actually balances each other. haritu mama mesej aku, dia cakap dia dapat dean's list jugak. so aku dah decide nak bagi dia something. ;)
**semalam mimpi beli myvi. siotnyaaaaaaa, kalau dah termasuk2 mimpi tu dah kira parahlah tu. :D

4 comments:

Haki said...

You have a great dad. Haha..

spankuning said...

i'm sure everyone does. :)

syaz :) said...

cayalahh pakuda !

spankuning said...

kan nana kann~ hihi