Friday, February 18, 2011

genre muzik pujaan.

okay, setelah seminggu lebih saya tidak mengupdate blog, kini saya kembali. dengan entry yang lebih bermakna, lebih panjang, dan semestinya lebih impersonal supaya kita sama-sama dapat relate. okay, i'm going to stop this crap. niat dihati nak memperkasakan bahasa melayu but instead it got diffused with english. -___-"'


*************************************


seperti yg anda semua tahu, or mungkin tidak tahu, permulaan minggu saya adalah sangat awhsome. saya telah pergi ke tanjung malim utk melawat kawan saya di upsi. apa yg saya nak cakap, bila penduduk tanjung malim nampak seseorang yg rupa macam student universiti, automatik mereka akan panggil student tu 'cikgu'. ini menunjukkan betapa famousnya upsi di tanjung malim.




baiklah, itu bukan main idea saya. apa yg saya ingin ceritakan disini pada hari ini adalah 'genre muzik pujaan saya'. sebenarnya, semalam kepala hotak saya tidak boleh berhenti memikirkan lagu-lagu favourite di sekolah lama dulu. kalau ada yg tak tahu, saya dulu disekolahkan di SMKA Maahad Hamidiah Kajang. ya, memang ramai yg tak percaya. takpelah. :D


berbalik kepada buah fikiran utama (main idea) saya, saya di maahad dulu adalah kaki layan lagu-lagu good charlotte dan my chemical romance. tapi sebenarnya........ saya juga ada secret liking to nasyid.


apa? atiqah minat nasyid??


ya. dan sekarang saya akan beritahu rahsia saya meminati nasyid. pertama; di sekolah saya ada group nasyid yg dinamakan Mirwana. mirwana ni sebenarnya ada untuk setiap batch dan dinamakan ikut generasi. macam batch saya, mirwana dah sampai generasi ke-15 dah. tapi mirwana yg dikenali ramai haruslah mirwana generasi ke-5. alah, yg dulu ada faizal tahir tuuu.

ui gambo oldies gila. haha


masa mirwana mula-mula keluar, saya tak suka langsung dengan group tu. firstly, terlalu ramai budak perempuan minat, sampai dah jadi fandom. seperti yg saya selalu tekankan, saya tak suka benda yg ramai org minat. tapi oleh sbb akak-akak senior obses gila dgn group nasyid ni, dorang akan pasang tiap-tiap pagi sabtu dan ahad kuat-kuat biar satu aspuri (asrama puteri) dengar. menyirappppp aku. tapi bila dah lama-lama, masa jenjalan sesorang pegi kantin, tiba-tiba mulut saya terkeluar lagu "aku tanpa cintamu" yg famous tu. terus rasa macam wtf! aku pun dah terjebak! T____T


tapi sebenarnya saya memang jatuh cinta dengan lagu mirwana batch lain, especially batch bebudak Form 5 masa saya Form 1, dan Form 5 masa saya Form 2 (kak syud sila kembang hidung sekarang hehe). lagu2 tu semua boleh buat ketaq lutut - bukan sebab suara abg2 tu yg sedap atau muka dorg yg kacak je tau. muahahah. tapi serius lagu2 tu sedap, especially yg dalam bahasa arab. time aku form 1 dan form 2 ni lah, sekolah aku banyak menang pertandingan nasyid sampai peringkat kebangsaan.


lama-lama tanpa saya sedari (maafkan saya sbb sesuka hati tukar kata ganti nama diri juga), saya mula ternyanyi-nyanyi lagu2 ni. dari ternyanyi-nyanyi, tangan pulak mula mengetuk segala permukaan objek yg boleh dilakonkan sebagai alat percussion. benda ni jadi paling dahsyat masa form 3 sbb time tu kitorang dah ada bilik study sendiri. tiap kali lepak dlm bilik study mesti menyanyi nasyid diselang-selikan dengan lagu2 dari hitz.fm. ya, sesungguhnya puncak keremajaan dan kekeliruan identiti kita adalah semasa form 3.

sila fokus pada pemakaian tudung saya. konon gengster la tu.


disebabkan oleh obsesi nasyid dan percussion ini, kitorang akhirnya join pertandingan nasyid masa malam aktiviti untuk puteri. masa form 3, kami dapat nombor 3 dari semua batch. pergh terasa otai gila masa tu. saya  rasa saya paling excited masa tu sbb dapat ketuk conga. yang real! masa kami form 5 akhirnya kami dapat tempat pertama. time tu mmg paling-paling-paling bangga.

aku main benda besa gabak kat belakang tu. dah sama tinggi dah T__T


okay, sebagai penutup, saya sebenarnya baru-baru ni emosi sbb tak dapat cari lagu-lagu tu semua. i mean, lagu group nasyid sekolah saya. lagi satu, kalau saya dapat peluang, saya nak sangat main percussion lagi. :')


baiklah, itu saja forum agama kita hari ini dengan tajuk "Berhibur tiada salahnya". hahaha. eh gelak pulak. Assalamualaikum! ;D

5 comments:

AinSyA said...

atiqah..apakah nama group nasyed anda???haha

!tomatokering! :) said...

nenek ! bapak smemeh ! haha :P

neway tetap comel..hahak :D

spankuning said...

ensya: aku speechless nak jawab soalan kau. muahahah

pcar: alaaaa. sumpah rindu zaman maahad dulu! hahaha

panda putih said...

ok. korg style!

spankuning said...

thanks awok! hihi