Wednesday, June 22, 2011

Midnight Blue #1

"Kau suka abang tu eh? Takpe kau jangan risau, aku dah dapat nombor dia," kata Sha sambil tersengih.
Aku diam je, sebab aku malu. Yalah, baru Form 3, tak pernah2 lagi bercakap dengan laki. Tapi dalam hati mengaku la, memang seronok.

Tapi lepas tu, aku tengok Sha je yang banyak borak dengan abang tu. Aku pun macam, kawan jenis apalah mangkuk ni. Dia dah terang2 tau aku suka dekat abang tu!

Jadi satu malam ni lepas habis belajar, aku ikutlah Sha pergi public phone. Dia call lagi abang tu. Sekali masa dia borak2 tu boleh pulak dia tanya abang tu, "Kau nak cakap dengan Ero tak?"
Lepas tu dia pass gagang phone tu kat aku.

Hoi, memang menggeletar lutut bai cakap dengan lelaki yang kau suka. Lagi2 first time dengar suara dalam phone. Dalam hati memang menyumpah sahabat aku tu. Cis. Tapi lepas habis cakap dengan abang tu, senyum lebar. Tak habis2 kena menganjing dengan Sha. Tapi abaikan sahaja sebab terlalu happy. Jadi, itulah waktu dan ketikanya aku berkenalan dengan abang tu.

Tapi satu benda yang aku hairan, abang tu suruh aku belajar rajin-rajin. Kenapa aku rasa hairan? Entahlah, aku rasa bila kita first time berborak dengan seseorang, kata-kata tu adalah janggal. Mungkin aku yang tersilap.

Sebenarnya selain abang tu, aku ada minat jugak kat abang-abang yang lain. Tapi setakat crush budak-budak sekolah jelah. Satu hari tu, Syak pergi call abang tu. Tapi aku tak nak ikut, sebab pertama, aku marah kat Sha. In a way, dia betray aku sebab macam dia pulak yang pergi flirt dengan seseorang yang aku suka. Kedua, aku taknak kacau abang tu banyak sangat walaupun dia dah habis sekolah. Aku takut dia tak selesa.

Bila Sha balik jumpa aku, dia beritahu. "Weh, aku bagitau abang tu yang kau ada minat ramai abang-abang lain dow. Pastu aku sebutlah nama sorang-sorang. Pastu abang tu marah gila sampai mencarut dekat kau."

Aku dah macam, what the hell. Layak ke seseorang yang baru kenal aku nak mencarut kat aku? Lepas tu aku nangis, mungkin frust sangat kot. Dan lagi satu sebab adalah aku punyalah bengkek dengan Sha bongek ni sebab pergi beritahu semua-semua tu dekat abang tu. Melepas!

No comments: