Saturday, June 25, 2011

CBA: Chemistry Bapa dan Anak

aku tak ingat sejak bila aku mula rapat dengan bapak aku.
sekarang dah makin-makin rapat sebab banyak spend time dengan dia.
tau tak betapa cool-nya ada chemistry dengan bapak sendiri? :D


pernah masa tu nak pergi Tesco.
seperti yg anda tahu, 
aku memang suka mengekor bapak aku pegi mana-mana pun.
kadang-kadang pegi stesen minyak je pun rela shawl belit2 bagai.
masa dalam kereta, 
dah jalan jauh sikit baru terdetik dalam hati aku
"eh, tak pakai seatbelt lagi ni".
masa aku tarik seatbelt dan pasang, 
aku perasan bapak aku tengah buat benda yg sama.
pada masa yang sama.
time tu rasa macam slow motion je.
hell yeah cool gila.




secondly, masa pergi pasar malam tadi.
kitorang pergi beli nasi ayam mahal (rm6 tu mahal okeh. damn.).
time tu makcik tu tanya, "nak yg mana encik?"
pastu papa ambik like two seconds utk pikir.
aku pulak pikir, "oh that one looks good."
guess what, kitorang point at the exact same nasi ayam
pada masa yg sama jugak.
aku hampir tergelak masa tu.
cool kan? cool kan?
kalau kau kata tak cool, maknanya kau jeles. haha.




selain dari perbuatan, 
aku sekarang dah reti berfikir macam bapak aku.
hari tu, aku ada argue dgn sorang member pasal Perkara 153.
you know, pasal hak keistimewaan Melayu tu?
aku rasa benda tu somehow tak betul,
sebab dalam Islam, 
mana ada bangsa yg lebih tinggi darjat dari bangsa lain.
kan masing-masing sama.
tapi oleh kerana aku sgt loser dalam berdebat 
dan tak reti tunjuk reasons,
aku mengaku kalah dan iyakan je apa yg kawan aku kata.
next few days, aku rasa mungkin memang akulah yang salah
sebab aku mempersoalkan perlembagaan Malaysia and whatnot.
so aku tanya, "pa, pa rasa Perkara 153 tu bagus tak?"
dan bapak aku jawab "Melayu ke Islam lagi penting?"
awwww yeahhhh tiba-tiba rasa dewasa je sbb bapak aku 
pikir benda yg sama. :')




orang kata, anak perempuan lagi-lagi yang nombor dua,
akan lagi rapat dengan bapak.
mungkin betul apa yg dorang cakap.
:)

aku tak terbayang kalau aku nak kahwin nanti.
one of us'll be the saddest person in the whole world. :')

No comments: