Sunday, May 22, 2011

whip yo' hair!

hahaha okay tengah takde kerja ni (actually ada, buat esaimen mama 8 pages) baiklah kalau aku merepek tentang rambut aku. : D




yeay rambut dah panjang balik! aku suka bila rambut aku panjang. walaupun takdelah panjang mcm fouziah ghous punya tu. dulu masa asasi, aku rasa rimas rambut panjang ni. sbb masa tu cuaca panas. lagipun aku jenis tak suka kepam-kepam rambut dalam serkup, so aku ikat je dia macam ponytail biasa. tapi masalah ialah bila rambut tu asyik terkeluar dari tudung. geram punya pasal aku pegi potong. tapi kakak tu pulak dengan bijaknya potong sampai paras bahu je.




paras bahu je wehhhh! nak menangis aku tengok rambut aku banyak-banyak tu ada atas lantai, disapu pergi oleh akak kedai *wow it rhymes*. rasa kepala pun ringan je. nak flip-flip hair pun rasa awkward. sobsob.


tapi nasib baik, rambut aku memang ada proses pertumbuhan yg sangat rapid. habis semester tu, dia dah lagi panjang dari rambut aku yang mula-mula dulu. weee~ lepastu potong lagi sebab dia dah terkeluar tudung balik, then ting! dia dah panjang macam dulu balik. boleh kata every start of the semester mesti aku potong rambut, tapi at the end of the semester mesti dia dah panjang macam biasa balik.


sebelum tu, aku nak kata yang rambut aku tidak cantik. ia tidak lurus, dan ia jugak bukan kaler hitam. apa aku merepek ni? haha. pendek kata, rambut aku memang susah nak urus, sebab tak lurus. *asal banyak yg rhyme ni?* tapi aku masih sayangkan rambut aku.


semalam beli syampu baru. sunsilk la jugak. tapi bau dia ya Allah wangi gila. memang malam tu kerja aku letak rambut kat hidung je. best best. haha.


kepada yg tak suka rambut panjang tu, belalah. memanglah rimas, tapi kalau pandai jaga mesti okay. jgn jadi macam aku. hehe. lagipun berdasarkan pengalaman aku dengan lelaki, lelaki suka perempuan rambut panjang. pengalaman disini bermaksud aku banyak intebiu lelaki ok, bukan tayang rambut dekat dorang. lagipun org cakap, kalau rambut dah boleh lilit sekali dekat leher, kita boleh selamatkan seseorang kat akhirat nanti. macam tulah lebih kurang ayat dia. lagi satu, aku rasa perempuan rambut panjang sangat cantik! bukan aku, aku tak boleh rambut pendek sebab nanti nampak kebulatan muka aku. : P



ok dah, nak sambung kerja. bela rambut tu! : D

4 comments:

RtaiN said...

aku dah berzaman try nk simpan rmbot, nok. but i failed everytime coz rse rimas =__=

spankuning said...

kalo rimas ikatlahhhh. hihi. tak kira rtain! bela jugak! :D

RtaiN said...

iya iyalahh, try nk bela jugak ni. tgkla sampai ble aku dpt bertahan haha.

spankuning said...

lol good luck! ;D