Wednesday, May 25, 2011

saya bersyukur :) | 2

tak kiralah kalau satu dunia ignore aku pun, these three will always be with me.

1) Tuhan. mungkin bila aku berdoa dan sembahyang mintak pertolongan Dia, orang akan nampak macam aku ni loser sebab dah takde orang lain nak tolong. tapi aku tak kisah, sebab setiap kali lepas sembahyang dan berdoa, aku selalu rasa tenang dan aman. ini sesuatu yang sorang daripada 8 bilion orang kat dunia ni pun tak mampu bagi dekat aku. aku rasa lagi kuat untuk melupakan benci aku kat seseorang, atau melupakan orang yang melupakan aku, sebab aku tahu Allah takkan bagi ujian kat seseorang hamba-Nya melainkan hamba-Nya tu mampu menghadapi ujian tu.

2) family. serius cakap, kalau satu dunia ignore dan abaikan aku pun, family aku takkan pernah buat macam tu. belum pernah lagi family aku tak jawab kalau aku tanya sesuatu - satu keadaan yang selalu dialami aku di Shah Alam. yalah, semua orang kan busy. busy reply mesej, busy online, busy tengok tv... kadang2 kena aku ulang soalan 2 3 kali macam orang bodoh baru nak jawab. itupun mata still melepek dekat handphone/laptop/tv. family aku? lagi membebel kat aku adalah. aku tak pernah tau bebelan ibu tu 1000 kali ganda lagi menggembirakan dari di-ignore oleh rakan taulan. : )

3) ungku. bila aku sedih, bila aku marah, aku boleh hantar je mesej kat dia. 98% of the time mesti dia akan reply ataupun call aku terus. kawan macamana lagi yang aku nak? even best friends aku pun aku dah lama tak contact through phone skang. mungkin orang akan bising, yalah, dia kan pakwe kau bla bla bla. ingin aku ingatkan kat sini, dia bukan pakwe aku, dia KAWAN aku yang serius baik gila dengan aku. 


kita selalu ingat kita punya masalah la yang paling besar kat dunia ni. aku taknak rasa macam tu. sebab tu aku rela dengar masalah orang lain sejam dua daripada aku meluahkan masalah aku. mungkin masalah aku akan dipandang enteng oleh manusia lain. mungkin juga aku tak meluahkan sebab aku malu gila nak cerita. tapi sayang-sayang sekalian, peraturan pertama semasa bercakap dengan manusia lain is FOCUS. aku memang sangat tak suka kalau orang tak fokus bila aku cakap. that's why aku rela diam.


maka, saya bersyukur sebab yang tiga ini selalu ada dengan saya. 
maaf juga sebab masih belum boleh mempercayai seseorang 100% untuk aku luahkan segala masalah aku. papehal pun aku masih sayang anda semua.

No comments: