Tuesday, May 17, 2011

saya bersyukur :)

mesti susah kan jadi cantik? siapa-siapa lelaki yg nak kawan dengan kau, mesti motif dia boleh dipersoalkan. betul-betul nak kawan ke, just nak mengorat ke, or just sebab kau cantik? yg perempuan pulak, mesti ramai yg benci kau, tak kira la sebab jealous ke atau sebab insecure dengan kau. kawan2 perempuan kau pulak, mungkin depan mata nampak macam kawan sejati tapi mungkin kat belakang dia diam-diam tak suka kau sebab kau lagi cantik dari dia. dan yg paling penting, kau mesti bosan bila org puji kau cantik...




mesti susah kan jadi kaya? bila dapat kereta baru, memang berkepuk-kepuk la member kau. bila eksiden, call semua org semua tak angkat. bila time nak enjoy, ramai gila yg nak join. itupun bila kau yg belanja. tapi bila kau alone, sorang pun takde masa nak teman. punyalah ramai awek-awek suka kat kau. bila kau takde duit, habis semua buat muka tak kenal. dan yg paling penting, orang puji-puji kau time kaya je. time kau takde duit, habislah kena kutuk, kena hina. cakap boroslah, Tuhan tak redha harta lah, padahal harta kau pun banyak jugak habis kat diorang...






jadi disini, aku bersyukur ke hadrat Tuhan sebab mensederhanakan aku. tak banyak harta dan tak berapa ada rupa. hikmahnya, member2 aku insyaAllah dunia akhirat. bila aku pakai baju tidur keluar jenjalan pun, member2 aku boleh terima dan rilek je jalan sebelah aku, bukannya buat2 tak kenal. dan yang paling penting, aku tahu orang sayang aku bukan sebab rupa dan harta. ; )

4 comments:

dydy midnite said...

terbaik la po,antara post yang paling i like.

spankuning said...

thank you! hope you're having a good time ;)

RtaiN said...

another thing that ordinary people like us should be grateful of : xde stalker yg psycho. membe2 aku yg hot2 sume pnah kna kaco dgn individu mcm ni. Thank God.

spankuning said...

betul weh atin!!!
saya bersyukur Tuhan tak temukan saya dgn org2 cmtu. ;)