Friday, November 25, 2011

kau dan aku

pertama kali, kau lari-lari kepadaku dari hujung sana. kau cakap, "jom makan sama-sama!" aku yang terpinga-pinga ketika itu mengikut saja, walau di hati terdetik rasa kurang selesa. yalah, kau dan aku sumpah berbeza. sebab kau hebat, aku ini bukan sesiapa.

tapi lama-lama, terbit rasa suka. aku suka tengok kau ketawa. bila kau senyum, orang lain semuanya gembira. macam kau ada aura, boleh buat orang bahagia dan ketawa bersama. dan aku beri kau gula-gula, aku beri kau bunga, aku beri kau segala-gala. aku suka sebab kau tak pernah menolak begitu saja. macam kau tak kisah berkongsi dengan aku yang bukan sesiapa. kau buat aku mula merasa persahabatan itu ada makna.

lama-lama kita jadi sahabat setia, satu hari aku beri kau cenderamata. tapi kau datang semula. membawa cenderamata yang patah dua. kau berkata "maaf, aku tak sengaja." aku iyakan saja. kita masih sahabat setia. sahabat setia boleh tempuh apa saja.

dan kemudian aku berikan kau hati aku. kau datang semula, membawa hatiku yang berderai seribu. "maaf, aku tak sengaja." katamu. aku terkedu. nafas panjang kuhela, aku maafkanmu. sebab hatiku, kau sudah plaster satu-satu. aku hargai itu. antara perbuatan paling baik pernah seseorang lakukan untuk aku.

dan akhirnya, kuserahkan hujung sebuah tali persahabatan. "pegang dan jangan lepaskan," itu yang kukatakan. namun, cuma satu kesilapan. aku katakan yang kau punya kekurangan. terus saja hujung tali itu kau lepaskan terbang ke awangan. dan terus saja aku hilang tujuan. aku dapat kesedaran. aku memang bodoh, tak reti berkawan. bila fikir-fikir balik, aaaaahhh. kisah apa aku kau banyak kekurangan? yang penting, asalkan aku susah, laju saja kau hulurkan tangan. maka kali ini, tibalah aku punya giliran.

kalau ada peluang, hari itu akan kuulang. kesilapanku itu nak saja aku balut kemas-kemas, ke hujung dunia aku buang. dalam hati kau, aku masih mencari ruang. aku nak kau ingat, aku tak pernah menyesal dengan banyak-banyak masa yang telah kita luang. aku juga nak cakap bahawa kau dah jadi antara sahabat yang paling aku sayang.



i still have faith in you even if the whole world does not anymore. 
because hey, friendship forever, right?

No comments: