Friday, April 1, 2011

"sebab aku kan abang"

aku ada abang. selama 19 1/3 tahun aku hidup kat bumi ini, abang aku adalah manusia paling annoying dalam hidup. tiap kali aku balik rumah, aku suka duduk sorang2 dalam bilik - main game ke, tengok movie ke. abang aku ni setiap 5 minit akan bukak pintu bilik aku dan mengacau sampai aku selalu kunci pintu terus lepas halau dia keluar.

tapi bila pikir-pikir balik, aku tidak adil. kenapa bila abang aku nak spend time dgn aku, aku rasa dia annoying? maka aku mengambil kesempatan ini untuk mengenang kembali jasa abang aku dekat aku selama aku dan dia hidup kat bumi ni.

masa lahir - kami share bilik sama-sama.

2 -3 tahun - abang share mainan sebakul dia dengan aku.

7 - 9 tahun - abang bagi aku sebiji Digivice. wah itulah first time aku rasa happy gila dapat dia sebagai abang. korang tau tak Digivice tu apa? yg untuk bela2 Digimon tu, lebih kurang Tamagotchi tuuuu. huhu. aku bela Agumon, kitorang selalu battle sama-sama. satu hari aku balik sekolah tengok adik kecil aku dah rendam Digivice dalam air. rosak! lepastu aku dgn abang aku bagi "proper funeral" dekat Digivice tu. jangan tanya macamana kitorang buat proper funeral.

1st semester Degree - abang aku bagi sehelai baju secara official. selalunya aku yg rembat baju dia yg mcm besar2 tu. 

3rd semester Degree - abang belanja kitorang McD sebab dia baru dapat PTPTN.

last birthday - dia bagi seketul patung 'bunny' colour biru.

dia memang tak banyak bagi aku barang. kadang2 aku memang rasa dia kedekut. tapi ni lagi baik dari tak bagi apa2. ini membuatkan aku lagi appreciate apa yg dia bagi, sbb memang RARE gila ahhh kalau abang aku bagi barang. hahaha.



*jauh bau bunga, dekat bau taik. hahahaha*

5 comments:

tnoe said...

auwww
momey glewww awok dengan abang awok
Hahahaha
<3

MonMon said...

Po, walau da bnyk kali ko dgr org ckp camni kat ko. Aku tetap nak cakap jugak. Po, KO SNGT COMEL!

p/s: Ada kawan aku ckp ko comel jugak..hahaha.. <3

panda putih said...

yeah! teringat iklan "aku kan abang!"

spankuning said...

tnoe: sbb takde rupe adik-beradik kan? hihi

monmon: nape tetibe je ni yg? :)

dell: kannn~! ;)

RtaiN said...

haha rindu lak kt abg aku :P