Wednesday, February 4, 2015

Apparently, bruises.

Kalau kau tanya orang apa benda yang paling menyakitkan, mungkinlah, mungkin, orang akan jawab pisau, luka yang dilumur garam, paper cut, dan kalau dari segi emosi, mungkin ditikam belakang, kekasih curang, dan di-ignore oleh orang tersayang.

Tapi aku tak tahulah sejak bila, kalau aku terkena perkara-perkara menyakitkan tu, benda first sekali aku terfikir adalah okayyyy what the hell did I do wrong this time? Sebab aku percaya, sakit tu karma. Sama ada sebelum ni aku pernah sakitkan hati orang lain, atau aku tak cukup bersedia sampai aku sendiri disakiti. Dan selepas bertahun-tahun buat refleksi diri cenggitu, aku akhirnya faham apa benda yang paling menyakitkan, untuk aku.

Dan ia adalah harapan.

Sebagai seorang manusia, aku sepatutnya faham bahawa manusia adalah makhluk yang paling susah diteka, tapi pada masa yang sama, kau patut hargai ciri-ciri unexpectable tu sebab dia membuatkan hidup kau sedikit-sebanyak lebih interesting daripada biasa. Namun, oleh kerana ciri-ciri ini jugalah, aku tidak sepatutnya memasang angan dan harapan waima sekelumit habuk sekali pun. Aku sendiri tahu pengakhirannya -- sakit.

Aku masih berpegang kepada pendirian aku masa aku pernah jadi optimis dulu -- harapan itu sesuatu yang indah, walau sesakit mana. Tapi aku dah mula takut, dan aku semakin percaya harapan cuma sakit semata-mata. Pun begitu, aku masih berharap -- jujur cakap, boleh ke kau berhenti daripada berharap? -- bahawa sakit yang datang bila harapan itu tak dipenuhi taklah sesakit hingga menyesak ulu hati.

Jadi, ini adalah aku yang paling jujur. Harapan aku adalah, walaupun aku mungkin tak dapat orang yang aku suka, aku harap dia tetap gembira. Dan aku, daripada mengharap pada manusia, lebih baik aku berharap yang aku, aku sendiri, mampu cipta kebahagiaan aku suatu hari nanti.

4 comments:

tiqa said...

And I go, "What's the story behind this one?" Haha...

Atiqah Shaharudin said...

And that is a question that will have to remain unanswered. Haha! :p


Actuallyyyyy I don't even know how to answer that. Maybe I'm just refusing to acknowledge something.

Dian N said...

AAAA I CRIEDDD reading this revelation

Atiqah Shaharudin said...

Janganlah, Dya. Cerita kau belum ada ending lagi.