Monday, May 28, 2012

pantun empat kerat tersirat.

Dia duduk keseorangan bawah pangkin.
Tersenyum tersipu malu.
Apa yang dia rasa; dia yakin:
Tak ada orang lain pun yang tahu.


Dia jumpa seseorang yang biasa.
Seseorang yang orang pandang sebelah mata.
Tapi tidak bagi dia - seseorang itu istimewa.
Dalam hati dia, telah duduk seorang dewa.


Dia tersenyum, bercampur rasa.
Alangkah bahagia rasanya cinta!
Tapi apa yang buat dia lebih gembira,
Tuhan saja tempat dia berkongsi rahsia.


Dalam hati, dia memasang janji.
'Wahai betara penghuni hati,
Jangan cari orang lain lagi - 
Kerana aku akan datang menghampiri.'


Tapi bahagia takkan pernah lama.
Seseorang kini ada yang disayang.
Tapi yang disayang bukanlah dia.
Dia bergelap - bintangnya hilang.


Tiga minggu memendam rasa,
Kini dia hadir majlis nikah seseorang.
Hatinya terhenti; retak sejuta.
Seseorang, sampai bila-bila tetap dia sayang.


Dia meratap, namun kesepian.
Cuba bayangkan apa kau rasa,
Jika dewa hati kemas kau simpan,
Dirampas orang begitu sahaja.

3 comments:

the writer said...

WAAAAAAAAAAAAAHHHHH :'(

spankuning said...

motif you relate! aaaa orang depressed tak sesuai masuk blog i! huu

Haki said...

:')