5
Macam sesuatu yang lama
Hilang cahaya
Percikan tiada
Dah jadi biasa
Nafsu tiada, apatah lagi suka.
Kadang-kadang terlintas
Mana pergi salutan emas
Mana pergi jahitan tak tetas
Mana pergi lipatan kemas
yang pernah dipegang tak lepas-lepas.
Hari-hari pemandangan sama
Dari suka, terus rengsa
Sampai tengok pun dah tak selera
Yang dulu nilainya nyawa
Kini di kaki saja tempatnya.
Tapi, kadang aku tetap rindu
lalu kupegang ia sayu
Namun yang baru dah jadi sesuatu
yang aku pun dia tak mahu
Aku tahu, dia nak tuan baru.
Akhirnya, aku menyerah kalah
Bendera putih kuangkat lemah
Tiada air mata sebagai penyudah.
Kau nak pergi, pergilah.
Aku pasrah.
2 comments:
Somebody I used to know.
"Another evil ex waiting to happen."
Post a Comment