1. kebocoran.
lagi-lagi kalau kena kat seluar jeans @ cadar @ seat kereta member. tak menangis kau nak basuh semua tu? dan saya nak bagitau awal2, BUKAN SENANG nak basuh kesan bocor. kekadang rasa nak patah pinggang duk mencangkung kat lantai toilet nak berus cadar.
2. senggugut.
time ni rasa macam menggeliut urat uterus aku. ada rasa tak selesa je dalam perut - salah satu sebab perempuan period ni berkerut je muka 24 jam straight. senggugut ni tahap kesakitan dia pulak lain-lain tau.
3. bila kau gelak excited sikit kompem merembes2 rasa.
serius aku tak tipu. masa bangun tidur pun macam tu. terpaksa kepit-kepit takut bocor dgn ledakan darah tersebut.
4. kegelian membasuh pad.
serius geli. bau dia lagi. ok dah yg ni tak payah cerita panjang-panjang.
5. mood kacau-bilau.
kejap aku rasa nak tumbuk muka org. sekejap lagi rasa happy terlebih mcm crush aku akhirnya membalas chenta ku. kejap lagi pulak rasa nak buat kerja gila seperti duduk atas balkoni sambil menganyam tikar.
6. rasa malas nak pi kencing.
yalah, dah pakai pad sedap-sedap, memang kompem takkan bocor 8 jam. sekali baru dua jam dah rasa nak terkucil. geli kot nak pakai balik pad tersebut. terpaksalah basuh dan pakai yg baru. membazir T___T
7. rasa hormon terlebihhhhh je.
tetiba rasa nak menggatal dgn lelaki. ataupun rasa semacam bila tengok movie pastu nampak laki pompuan kissing-kissing. bodoh. -__-"
haha mesti korang geli en? : D
1 comment:
hahahaha :D lawokkk !
Post a Comment