Thursday, March 29, 2012

#436

Hati: tiba-tiba aku terfikir, aku tak mahu dia lagi.

Minda: sejak bila kau reti berfikir? Tapi tahniah. keputusan kau, tepat sekali.

Hati: dua saat kemudian, rindu datang kembali.

Minda: aku dah agak. Ikut rasa binasa, ikut hati mati.

Hati: bila sehari tak pandang, aku rindu. Ingat lagu ni?

Minda: lagu cinta? Dalam situasi kita, tak boleh dipercayai.

Hati: aku marah dengan diri. Nak dapatkan dia? Mustahil sekali.

Minda: kadang aku terfikir, cubalah lagi. Tapi aku tahu aku tipu diri sendiri.

Hati: lihat dia seminit, satu hari aku senang hati.

Minda: ingat dia sesaat, satu hari dia berlegar dalam diri.

Hati: kalau dia tahu, itu dah cukup. Aku tak mahu memiliki.

Minda: kau kata lain. Apa yang kau rasa, berbeza tapi.

Hati: terima kasih kerana memahami.

Minda: mungkin dah sampai masa kita tarik diri. Aku tak nak kau sakit, hati.

Hati: minda, apa salahnya kita mencuba?

Minda: ikut rasa binasa, ikut hati mati. Ikut minda? Cubalah kalau terdaya.


No comments: