Thursday, January 12, 2012

penyerap duka.

aku tak pandai berkata-kata. memang loser gila. terkadang masa orang rancak bercerita, aku boleh diam seribu bahasa. orang mungkin, dan selalu juga, dah salah sangka. tapi orang tak sedar apa yang sedang aku rasa. masa aku diam, punya banyak benda berlaku dalam aku punya minda. aku mencari kata yang sesuai dengan keadaan semasa. tapi apa orang pikir lain dengan apa yang aku rasa.

aku boleh jadi pendengar setia. aku boleh masuk dalam pelbagai cerita. aku boleh teka perasaan watak utama dan watak kelilingnya. masa kau bercerita, aku selalu pikir apa yang akan aku buat jika aku si dia. tapi kelemahan aku adalah aku pikir terlalu lama. terkadang aku lupa nak berkata-kata. dan bila katanya sudah aku jumpa, si pencerita dah beralih topik pula. heh.

kisah aku, dah lama aku tak cerita. pada sesiapa, walaupun pada si putera raja mahupun sahabat yang suka ketawa. tapi aku suka keadaan begini sampai bila-bila. kisah aku, tiada apa. berbanding mereka yang datang bercerita. lagipun, mendengar orang bercerita lagi buat aku lega. sekurang-kurangnya mereka tak pendam rasa. buat orang lapang dada, itu memang aku suka.

aku bukan sesiapa. itu fakta. atau sekurang-kurangnya, itu apa yang aku rasa. aku cuma harap aku dapat lukis senyuman di wajah mereka, dengar cerita mereka, serap segala duka.







sebab nama aku Span.

1 comment:

APi said...

aku mungkin jauh lagi pendiam dari kau..
mungkin lebih perahsia dari kau..
tapi tang last tu aku tak dapat nak celen la..
kau span..
aku api..
manakan sama..