Friday, July 8, 2011

let's make this last forever! :)

baru2 ni ramai sgt kengkawan aku yg clash. lepas aku buat2 analisis sendiri akhirnya aku jumpa cara2 untuk tahan lama dalam relationship. mungkin kau org akan cakap aku tak layak bagi tips ni sbb aku pun clash. tapi aku dgn ungku still *cough* contact mcm biasa *cough* mcm masa couple *cough* cuma lebih seronok sbb sembang mcm kawan. :D


1) know yourself.

okay, org yg anda suka dah mengatakan yg dia suka anda jugak. so dua2 pun dah setuju untuk menjalinkan hubungan mesra dan bahagia versi muda, that is, couple. tapi sebelum anda couple, cuba tanya diri sendiri dulu. adakah anda dah bersedia menanggung beban title boyfriend/girlfriend tu? adakah anda dah bersedia memberikan komitmen? adakah anda mampu membahagikan masa untuk diri sendiri dan si dia? mampukah anda mengawal perasaan semasa bersama dia? 


kalau ada jawapan yang kata belum, mungkin anda memerlukan masa lagi untuk kenal diri sendiri dan juga kenal si dia. mengawal perasaan ni ada banyak jenis. contoh masa bergaduh, mampu tak tahan marah? ada kawan aku masa bergaduh marah2, relaks je mintak clash. takkanla tiap2 kali gaduh kau mintak clash? atau, takkanla pasal benda kecik nak mintak clash?? zaman mengorat bukan main sabar tunggu 5 6 tahun. lagi satu, masa tengah horny, mampu tak kawal nafsu nak pegang dia? kawalan perasaan tu sgt penting ya anak-anak.

ramai yg sebab tak kenal diri sendiri, main couple je bila dah suka sama suka, tiba2 satu hari tu dia tersedar dia bukannya sayang sangat dekat yg lagi satu. lepas tu terus mintak clash kata taknak menyeksa jiwa menipu perasaan la. apa cerita tu?


2. bersederhana.


aku masa zaman sekolah memang selalu gila dapat nasihat ni: "kau jangan sayang dia sangat. nanti apa2 jadi mmg heartbroken gila nanti." nasihat ni memang aku pegang gila2 sampai sekarang. sayangi diri sendiri dulu baru kita mampu nak sayang orang lain. lagi satu, berpeganglah kepada takdir dan jodoh. kalau sayang sedahsyat mana tapi jodoh kau orang takde, sampai masa nanti akan berpisah juga. so, banyakkan berdoa mintak ada jodoh, tapi jangan terlalu mengharap.

apa yang aku nak cakap kat sini adalah tak salah sayang orang, tapi Allah, Nabi, keluarga dan diri sendiri anda kena letak wayyyyy up dalam list. okeh? :D


3. give and take.


kalau gaduh contohnya, anda patut voice out apa yg anda rasa salah tentang dia. tapiiiiiii dia pun patut diberi peluang untuk voice out perasaan dan pendapat dia jugak. semua manusia ada ego, apa yg membezakan cuma tinggi atau rendah je ego tu. tapi kalau si dia ego rendah tak bermakna anda boleh cakap sesuka hati dekat dia. sama-sama toleransi okeh?

lagi satu, kalau si dia asyik belikan something untuk anda, tak salah kalau anda bagi something in return jugak. memang la si dia tak mintak, tapi kejamla jugak kalau anda asyik ambikkkkk je benda2 dari dia, tapi tak pernah langsung bagi something kat dia. harga bukan ukuran. macam aku, org bagi aku lolipop 20 sen pun aku dah rasa terharu. mcm aku kata tadi, give and take.. hehe.


4. buang yang keruh, ambik yang jernih.


akhir sekali, kalau ada nampak kesalahan si dia, memanglah tak salah tegur. tapi jangan asyik2 ungkit je. elok2 si dia nak berubah, terus jadi bengkek dengan anda. pastu gaduh lagi dan lagi dan lagi hingga membawa kepada "kita clash la, kalau asyik gaduh je nak buat apa" thing. kurangkan mengungkit! kalau si dia ada kesalahan suka mengungkit anda janganlah asyik mengungkit yang dia asyik mengungkit. eh? :D

my point here, tak salah saling menegur. teguran tu terimalah dengan terbuka. benda baik kan. janganlah marah2 pulak, kata si dia suka cari salah kita la si dia takleh terima kita seadanya la. sama-sama ubah okeh? baru bahagia. awww :D




aku sebenarnya suka tengok kengkawan aku happy in relationship. aku akan jadi org paling susah hati kalau kau org cerita problem korang dgn kapel korang dekat aku. aku mesti sedaya-upaya nak tolong supaya kau orang boleh baik balik. tapi aku takleh campur tangan dalam semua hal kan. so kebanyakannya bergantung kat diri anda sendiri. lagi satu, kalau dah bahagia sangat tu pegila kahwin weh. memang double happy la aku. hehe.

good luck!

2 comments:

UngkurakTaro said...

saya pun *cough* sokong *cough* awk ckp tu...haha*cough*hahaha~~ :)) :-*

Atiqah Shaharudin said...

hehe. apa la awak ni :)