Friday, March 11, 2011

hidup sebelum dan selepas Facebook

kebelakangan ini, facebook mula menjadi satu trend ikutan ramai. siapa yg ada ramai friends di facebook akan dianggap cool manakala yg tak ada facebook akan dianggap hina-dina. sebelum kita lupa yg kita ni ada life, jom kita imbas kembali ada beza tak hidup kita sebelum dan selepas kewujudan laman ini.






1. cara berkomunikasi. 

biasalah, perempuan kan memang banyak gosip. jadi, tiap kali aku balik rumah dan nak bergosip-gosipan, aku akan call member2 aku tengah2 malam pakai telepon rumah. kenapa tengah malam? satu, sebab bapak aku dah tido. dua, sebab bil telefon murah sikit kalau guna tengah2 malam. and bila aku call membe aku sorang ni, memang tak sah kalau tak lebih setengah jam. haha. selain tu, semua org dilanda musim ber-sms. macam aku. sms boyfriend, sms crushes, sms abg2 senior, sms pakcik polis dan lain-lain. haha.


sekarang? nak gosip2, semua pakai Facebook group chat je. takde feel langsung. -__-"


2. cara mengorat.

haaa. kau jangan ingat perempuan tak reti mengorat. dulu, jumpa laki kacak-kacak sikit, mulalah start borak, mintak no. fon. tu member2 aku lah, bukan aku. haha. kes aku pulak, ada member kasi nombor jejaka. terus aku kacau2, ngorat2, tup-tup couple. muahahah. lepastu, nak bagi gambar pulak. perghhhh memang nervous tak ingat masa ni. exchange gambar dengan boipren. skang dah clash baru terpikir, apalah si syaiton tu dah buat dgn gambar aku agaknya? -__-"'
kalau abg2 senior pun senang jugak. bukak majalah sekolah, page belakang2 ada contact info dorang. terus amik, call kat public phone hostel. haha.



sekarang? stalking made easy, search nama mangkuk yg kau nak ngorat, dah boleh terus usha gambar dia FOC. siap boleh terus right click-Save As. hahahaha okay, aku tak buat macam tu. *mata pandang ke lain* 
-__-"


3. birthday wishes.

dulu, semua birthday kawan2 aku akan dipandang sebagai satu event yg saaaangat besar. kitorang takde buat troll macam budak2 laki, baling telur dgn tepung tu. tapi malam birthday dia tu, kitorang semua akan buat2 lupa birthday dia sambil aku menyiapkan seketul kad utk di-sain oleh semua member2 batch aku yg sempat aku jumpa. aku pun dah tak ingat berapa banyak dah kad yg aku buat, dan cemana romannya. gambar pun takde, almaklumlah dulu-dulu budak sekolah. kamera takde, nak bawak handphone pegi hostel pun tak boleh. huhu.
kalau nak wish boipren ka, abg2 senior ka, pakai public phone je. nyanyi ramai-ramai kat situ. lepastu kena sound dgn akak-akak senior sbb contact lelaki. haha.

birthday cards.

sekarang? nak wish birthday, wish dekat Facebook wall je. nak sms pun dah malas. yg lagi sadis, kat Facebook page kita siap ada reminder birthday org tu lagi. bapak rasa tak special. org wish birthday kau semata-mata sbb notification tu. kalau tak, takdenye dia nak wish.


4. raya wishes.

situasi ni lebih kurang sama dgn birthday wishes tadi, except that kitorang akan beli kad raya berbondong-bondong untuk bagi kat semua member. bocor jugak la poket aku time tu. tapi raya rasa sangat special sbb dpt kad raya bersepah-sepah tu. although raya selalu start time cuti panjang, aku akan poskan kad-kad tu kat member2. baik kan aku. hahah.

kad raya dari kekasih lama beserta dua CD penuh dgn lagu metal. T___T

sekarang? pun sama, wish kat Facebook wall je. dah malas sangat, tulis kat status "selamat hari raya aidilfitri kepada semua". lagi malas, copy paste je status tersebut. cettt   -__-"'


5. computer games.

zaman aku adalah zaman famous-nya PS1, PS2, PS3, PSP, Gameboy, mahupun computer games biasa. dulu-dulu (cewah macam dah tua gila), game favourite aku diwaktu petang adalah game Pokemon, Metal Slug, Sonic, Bubble Bobble dan macam-macam lagi. Pokemon tu paling cool. waktu semangat dulu, 3 hari dah boleh habis satu jenis game.

sekarang? semua layan game Facebook je. Mafia Wars, Ninja Saga, Pet Society, Fishville, Cafe World, Restaurant City, dan beribu-riban game lain yg ada. dulu aku layanlah jugak, tapi sekarang dah boring. lepastu penuhlah Facebook notifications pasal invitation main game macam-macam. semak  -__-"'



6. zaman ada life.

dulu, waktu petang aku akan diisi dengan membaca. ya, walaupun bukan buku ilmiah, tapi aku still ada effort nak membaca. Ujang, komik Doraemon, buku Stephen King, Harry Potter semua bersepah-sepah atas katil. tu yg selalu tertidur petang tu. fefeeling tidur dikelilingi buku. haha. takpun, aku akan melukis. atau makan. atau tengok tb. atau pusing-pusing rumah mengacau mama tidur. atau bergayut/ber-sms dengan member2.

sekarang? bangun tidur, Facebook. lepas makan, Facebook. sebelum tidur, Facebook.



7. zaman Friendster dengan MySpace.

haaa yg ini paling tak menahan. zaman "thanx add!" dan "jgn lupew tomen gamba titew aw, tamow combunk2 ek!" yg sangatlah WTF. at least Friendster ok lah lagi, dia lebih kurang mcm Facebook, cuma lebih mundur. MySpace ni, adoiiii~ aku rasa time ni lah dapat random requests yg paling banyak. aku dah test dah, cuba letak muka bajet comel sikit, mulut muncung2, mata bulat2. terus mencanak naik friend request. bahahahah.

sekarang? dah malas berkenalan, letak muka kat Facebook pun muka yg paling lahabau.






hahahaha. rindunya zaman ada life. :D

2 comments:

Me said...

bwahaha.. gelak guling2

RtaiN said...

urgh, malu gile teringat zaman myspace wehhh :P