Monday, September 20, 2010

it's my raya

dua minggu duduk rumah, dua minggu la tidak online.

last online masa 2nd day raya kat rumah pak teh.

tu pun utk tengok gamba2 masa buka puasa reramai tu je.



balik shah alam dgn harapan suci utk upload gambar raya dan bukak blog+facebook yg dah bersawang,

wimax pulak kena potong.

thanks la pakcik wimax, you rock!


raya kat sungai buloh tahun nh kurang meriah sikit.

sbb anak2 kecil ramai yg balik kampung belah ibu mereka.

kesian zarith sesorang.





raya kat pilah mmg sgt meletup!

aku mmg rindu dgr suara makcu and makteh and makcik and maklang and makbung berceloteh dan gelak2.

mama aku biasanya gelak sopan2 je. haha

malam tu, aku dgn mama tertidur awal.

tp tak pasal2 terkejut sbb abg pendi bwk konco2 main mercun bola kt blkg rumah.

dahla tgh2 malam!

rupanya abg pendi beli mercun bola sekampit T_____T


second day of raya, kitorg poyo2 pakai baju raya semua,

pastu pegi bahau makan pizza kat pizza hut.

lepastu pegi kedai sebelah, borong baju2 murah.

lepastu pegi upwell, jumpa raksasa marrybrown and tangkap gambar.

lepastu mama bebel sbb kitorg tak pegi jenjalan raya pun. :D



i always dread the time i have to leave pilah.

dia punya peace and quiet tu mmg takde kat tempat lain.

and sedare mare aku pun mmg kau takkan jumpa kat tempat lain. :)


sbb makcu, semua org dah kenal sape ungku.

relax je die cite dpn mama. :D

makcu nh stalk facebook org jugak rupenye.

"ata, sape kwn ata tu yg pakai serban and ade jambang tu? makcu tengok alim je budaknya."

(padahal ungku pakai snowcap time tu) :D



then, hari khamis 5th day of raya pulak,

aku beraya kat kajang dgn lelem2 tersayang aku.

mmg terkejut gak la satu batch ada, pdhl kitorg plan nak gi rumah ean je. huhu

ean, good luck there! and take care, we're gonna miss you lots my dear :')






boleh tak boleh tak kalau aku taknak balik shah alam?

kalau balik pun, BUKAN utk belajar dan pergi kelas?


*ha tengok, aku dah ponteng kelas pertama aku utk minggu ini. :D

Friday, September 3, 2010

lonely

saya minta maaf sbb terpaksa meminta perhatian dan kasih-sayang dlm post ini.

saya sgt lonely sekarang.
eventhough tadi keluar kejap, mood nak berhappy2 takde.
semua org dah balik kampung.
saya sorang-sorang kat sini pikir cmane nak pegi gombak sorang2 naik train.
tp demi jumpa kwn2, saya nak jugak pegi :(

patheticnya saya, duduk dgr lagu cinta sorang2 dlm bilik.
cuna takde, khai pun takde.
tp kalau saya duduk tgh2 org ramai pun, tak semestinya perasaan lonely nh akan hilang.

saya rasa mcm nak dimanjakan sekarang.
saya pun tak tau nak ckp manja yg macamana.

saya rasa kalau ada org peluk saya sekarang,
saya akan terus menangis sbb terharu dan sedih pikir betapa patheticnya saya.

saya juga rasa saya patut berhenti mengharap org bagi attention dkt saya,
sbb semua org ada problem sendiri.

thanks for reading this, at least anda still mmpu luangkan masa utk saya.
sayang anda.



Thursday, September 2, 2010

sentap

1) bila everytime kau melawat sedara kau, dia mesti tgh lepak dgn kwn2 dia.

2) bila best friend kau satu ketika dulu terus stop contact kau lepas dia dh couple dan bahagia dgn bf dia.

aku rasa lonely.
dilupakan.
aku tak tau la, maybe aku ada salah dekat mana2.


aku cuma mampu doakan org2 ini bahagia je.

Wednesday, September 1, 2010

babbles of the day


aku rasa lelaki yg berada dlm hujan sgt2 lah sexayyy.




lagi2 bila dia lari utk kejar kita.

aku ingat lg ungku penah dtg dlm hujan bila tau aku menangis. awww so sweet...




tp tu jelah first and last time dia buat gitu. lepastu dia dah takut demam. :D

30 benda lelaki tataw sal pompuan.

aku mmg tak suka shah alam, everytime aku balik klang pastu balik sini balik mesti ada je benda tak best yg jadi kat aku. antaranya:

1. assignment yg aku slalu terlupa,
2. dan org2 annoying yg tak reti nak ckp elok2 dgn aku.

oleh itu, aku nak lupakan hal assignment kejap, dan share dgn korg benda nh.


30 Benda Lelaki Tak Tau Pasal Perempuan



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu meminta maaf.


3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).


4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! (okay, ini geli)


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.


7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.


8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.


11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.


14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.


16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.


17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!


18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.


19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta (tolong jgn buat, buku2 cinta mmg sumpah takleh percaya).


20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.


21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!


22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.


23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik (this is effin' true, sila ambik extra attention).


25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi (gelinya ayat -____-).


26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.


27. Senjata wanita adalah airmata!!


28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.


29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...


30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa (eww ~____~).



p/s: apa yg aku highlight tu je yg apply utk diri aku. haha. enjoy this post! :)